26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemain Bola Sepak Berpotensi Bertunang Dalam Masa Terdekat Kerana Kenal Wanita Lain: Apakah Punca Bergaduh?

    Shopee Sale



    Nama seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan menjadi hangat selepas didakwa membelasah teman wanitanya sehingga mengalami kecederaan.

    Kenal wanita lain

    Memetik laporan Harian Metro, berkemungkinan punca pergaduhan disebabkan pemain bola sepak itu ingin bertunang dengan wanita lain dalam tempoh terdekat ini.

    Susulan itu, kekasih pemain bola sepak terbabit yang juga seorang doktor menemui lelaki berkenaan di sebuah hotel untuk berbincang.

    Bagaimanapun, ketika cuba memujuk, lelaki itu bertindak kasar dengan dengan memukul, mencekik, menggigit lengan sebelum mencampaknya ke lantai.

    Selepas mengetahui pemain bola sepak itu sebenarnya mahu bertunang dengan individu lain, wanita berkenaan nekad mahu berjumpa untuk berbincang kerana sebelum ini lelaki itu tidak pernah memberitahu bahawa dia mahu bertunang.

    Pemain bola sepak berkenaan mengenali wanita itu kita berpindah ke pasukan baharu dan sudah menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.

    Terdahulu, kekasih kepada bekas pemain bolasepak pasukan kebangsaan Malaysia telah memuat naik beberapa gambar dirinya yang mengalami kecederaan di bahagian tangan dengan mendakwa dikasari teman lelakinya.

    MENARIK:  [VIDEO] Elly Arifin Menangis Cerita Peristiwa Hitam Dicabul Ustaz: 'Rasa Tangan Dia Raba Bahagian Sulit Saya, Seluk Dalam 3 Kali'

    Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat kesan lebam akibat dipukul pemain bola berkenaan.

    Berikutan itu, pemain bola sepak berusia 31 tahun disyaki menyebabkan kecederaan kepada teman wanitanya dalam kejadian di sebuah hotel di sini, ditahan, semalam.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah