25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Rita Nadira Mengakui Menemani Aniq Suhair Mencari Skincare, Bukan untuk Kencan

    Shopee Sale



    Rita Nadira

    Pelakon Rita Nadira mengakui ada keluar bersama aktor Aniq Suhair seperti yang didakwa segelintir pihak baru-baru ini.

    Teman beli skincare

    Rita Nadira

    Ketika ditemui Rita bagaimanapun menjelaskan mereka keluar bersama bukan atas dasar temu janji atau ‘dating’, tetapi menemani aktor tersebut mencari produk penjagaan kulit.

    Memang saya ada keluar dengan Aniq, tetapi kami bukan keluar dating. Kalau mahu cerita hal sebenar agak kelakar sedikit.

    Waktu itu muka dia tengah ‘breakout’, kemudian dia mengadu dekat sana tentang masalah itu. Dia cakap mahu cari ‘skincare’ yang boleh pulihkan masalah kulit dia.

    Saya pun cadangkan dia beberapa jenama yang okay. Lagi pula kami duduk berdekatan. Kawasan rumah kami tidak jauh. Selepas cari produk kami ada lah pergi makan sekejap, itu sahaja.

    Rita berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Pewaris Cinta yang diadakan di Grand Barakah Hotel, Ampang, pada Jumaat.

    MENARIK:  [VIDEO] Nabil Imbas Kembali Kekecewaan Ibu Bapa Ketika Nama Terpalit Kontroversi – ‘Ayah Aku Telefon, Dia Kata Kalau Berani Kau Balik’

    Melanjutkan bicara, aktres berusia 27 tahun itu berkata produksi sebuah drama yang menyaksikan mereka bergandingan turut sedia maklum mengenai hal tersebut.

    Tidak silap saya, Aniq ada bagitahu dekat dalam group Whatsapp drama yang kami berlakon sama yang kami keluar cari barang. Tiada maknanya kami keluar berdating.

    Terdahulu, timbul dakwaan apabila ada pihak yang melihat Rita dan Aniq keluar bersama di sebuah pusat beli belah terkemuka di Putrajaya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah