31 C
Kuala Lumpur
Friday, October 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Konsert Sulung Aisha Retno Dibatalkan Seminggu Sebelum Berlangsung, Penganjur Dedah Jualan Tiket Tidak Laku

    Shopee Sale



    Aisha Retno

    Hasrat penyanyi Aisha Retno untuk mengadakan konsert sulung yang dijadualkan berlangsung pada 16 November ini tidak kesampaian apabila pihak penganjur membatalkan acara tersebut.

    Tiket tak laku

    Aisha Retno

    Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Kharisma Music International selaku penganjur memberitahu konsert Aisha Retno Malam Sutera terpaksa dibatalkan kerana jualan tiket yang tidak mendapat sambutan.

    Kami dengan dukacita mengumumkan konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16 November 2024 di Zepp Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan atas sebab jualan tiket yang rendah.

    Pihak pengurusan artis juga tidak bercadang untuk menangguhkan konsert tersebut.

    Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. Keputusan ini bukanlah dibuat tanpa berfikir panjang. Terima kasih kerana memahami.

    Dalam pada itu, Kharisma Music International memberitahu pembeli yang sudah membeli tiket akan menerima pulangan wang mereka dalam tempoh tujuh hingga 14 hari.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Terima Kasih Abah Telah Jaga Kami, Semoga Tenang Di Sana’ – Bapa One Forteen Meninggal Dunia

    Sementara itu, Aisha menerusi sebuah hantaran di Instagram Story berkata, dia akan menjelaskan mengenai pembatalan konsert tersebut dalam masa terdekat.

    Nanti saya akan ceritakan semuanya. Jalan terus walaupun sakit.

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah