32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pastikan Anda Memeriksa Telefon Abang, Jangan Mudah Percaya

    Shopee Sale



    hafiz mahamd

    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad sentiasa mengingatkan isteri tercinta, Syafiqah Aina untuk tidak meletakkan kepercayaan 100 peratus dalam hubungan suami isteri.

    Kena check telefon

    syafiqah aina hafiz mahamad

    Ketika ditemui , Hafiz berkata dia menyuruh Aina untuk kerap kali memeriksa telefon bimbit miliknya. Kata Hafiz, biarpun dia tidak berlaku curang namun itu sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak timbul masalah itu.

    Saya selalu beritahu Aina, ‘sayang, lelaki ini dekat mana-mana ada ujian. Mungkin hati dia dan sebagainya. Tapi selagi abang bernafas, insyaAllah akan jaga.’

    Walaupun saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘jangan percaya sangat abang, kena check juga phone’. Yela, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita.

    Saya tak buat pun, tapi saya nak dia check telefon supaya sekurang-kurangnya ada perasaan takut.

    Hafiz ditemui di malam Anugerah AINAA Super Seven Awards sempena ulang tahun AINAA ke-7 yang diadakan di Zepp, Kuala Lumpur.

    MENARIK:  [VIDEO] Kes Saman Amelia & Penulis Skrip Drama Diteruskan, Aedy Ashraf Doakan Yang Terbaik – ‘Dia Seorang Wanita Kuat & Cekal’

    Takut diuji

    hafiz usahawan AINAA

    Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata mengingatkan Aina untuk membantu dirinya agar tidak terus terjerumus dalam ‘virus’ binasa rumah tangga.

    Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam itu, tolong tarik saya. Tapi saya usaha.

    Kita tak tahu takdir Allah macam mana. Ujian itu kita tak tahu dan sekuat mana orang lelaki itu boleh tempuh ujian itu.

    Terdahulu, netizen menasihati Hafiz agar tidak menduakan isterinya selepas kontroversi pempengaruh Aliff Teega mengakui sudah berkahwin dua.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah