Pelakon Ozlynn Waty menyifatkan aktres Elisya Sandha sebagai seorang yang pemurah dan ikhlas menyayangi kanak-kanak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ozlynn Waty Dedah Perangai Johan, Tak Mampu Tahan Godaan Makanan – ‘Diet Konon, Benda Macam Tu Pun Goyah’
Artikel Berkaitan: ‘Suami Bukan Balaci Isteri & Perlu Jujur Dengan Penuh Adab’ – Ozlynn Waty
Ozlynn puji keperibadian Elisya Sandha

Menerusi hantaran balas di Threads, pemilik nama Rozlinawaty Ismail, 45, berkata sikap tersebut bukan sekadar lakonan, sebaliknya sememangnya mencerminkan keperibadian sebenar Elisya Sandha.
Mummy Elisya Sandha bukan berlakon tau. Dia memang sayang budak-budak dan sangat jujur dalam rasa sayang. Semua orang akan selesa dengan dia.
Tidak terhenti di situ, isteri kepada pelawak Johan ini turut menyifatkan Elisya Sandha sebagai seorang yang pemurah serta gemar bersedekah dan berkongsi rezeki dengan orang sekelilingnya.
Dia juga suka bersedekah. Saya pernah ternampak rumah anak yatim beritahu yang budak-budak di situ nak makan KFC dan dia belikan.
Dekat set, dia memang suka belanja kru, belanja Cherdiq dan Bunga. I love you mummy.
Sumber: Threads
The post Ozlynn Waty Puji Keperibadian Elisya Sandha – ‘Dia Memang Sayang Budak-Budak, Suka Bersedekah’ first appeared on OHBULAN!.





