31 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tular Video Jungkook BTS Kantoi ‘Dating’, Siap Pegang Tangan Lagi?

    Shopee Sale

    Anggota kumpulan kpop terkenal, Jungkook BTS menjadi topik hangat selepas sebuah video dirinya bersama seorang wanita tular di media sosial. 

    Jungkook ‘dating’?

    Menerusi video pendek tersebut memperlihatkan seorang lelaki dipercayai Jungkook sedang berjalan memasuki sebuah bangunan bersama seorang wanita ‘misteri’.

    Malah turut tular ahli BTS itu berjalan sambil perpegangan tangan dengan seorang wanita.

    Menerusi tinjauan , peminat mendakwa wanita bersama pelantun lagu Seven Days itu merupakan aktres Korea Selatan iaitu Chae Won-bin.

    Malah, peminat dilihat mula membanjiri ruangan komen media sosial aktres itu dengan bertanyakan kesahihan hubungannya dengan Jungkook. Malah ada yang mendakwa foto tersebut adalah hasil daripada AI(Artificial Intelligence).

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Dia Bukan Ditahan Di Penjara Tetapi Di Pusat Rehabilitasi’ – Apek Dedah Yassin Dah Hafal 20 Juzuk Al-Quran

    Tidak kurang juga ada yang menuduh Jungkook seorang ‘playboy’ kerana pernah dikaitkan dengan beberapa wanita lain termasuk Winter dari kumpulan Aespa.

    Sehingga artikel ditulis, kedua-dua agensi selebriti itu masih mengunci mulut dan tidak memberi sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.

    Terdahulu, Jungkook pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Lee Yoo Bi.

    Bagaimanapun, pada tahun 2021, agensi Jungkook, Big Hit Music (kini HYBE), mengeluarkan kenyataan menafikan khabar angin tersebut.

    Agensi Lee Yoo Bi, Y-Bloom Entertainment, juga menafikan sekaligus mendakwa Lee Yoo Bi dan Jungkook tidak pernah bertemu dan tidak mengenali antara satu sama lain.

    Sumber: Koreaboo, WION

    The post Tular Video Jungkook BTS Kantoi ‘Dating’, Siap Pegang Tangan Lagi? first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah