32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ojen Aiwah Sebak Perjuangan GSF, Nekad Beri Kunafa Percuma – ‘Ini Tanda Hadiah Buat Mereka’

    Shopee Sale

    Usahawan Ojen Aiwah terpanggil untuk memberi kunafa secara percuma kepada sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai tanda penghargaan perjuangan mereka.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] 23 Pejuang Global Sumud Flotilla Selamat Tiba Di Kuala Lumpur.. 2,000 Sambut Kepulangan Dengan Laungan ‘Bebas Gaza’

    Artikel Berkaitan: Ojen Aiwah Seru Artis & Pempengaruh Boikot Jenama Sokong Penindasan – ‘Support Tempatan’

    Belanja kunafa

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Ojen meluahkan rasa syukur dengan kepulangan 23 delegasi aktivis Global Sumud Flotilla.

    Menurut Ojen atau nama lengkapnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, keberanian setiap individu yang menyertai misi GSF membuatkan dirinya tersentuh sekali gus sebak melihat pengorbanan setiap sukarelawan.

    Saya sebak dan bangga tengok ramai orang yang hadir dan menyambut delegasi Malaysia kita yang berjuang untuk GSF di KLIA 1 malam tadi.

    Saya ikut perkembangan dari mula berlayar sehingga bot meraka dipintas.

    Perkara itu sangat menyentuh hati. Saya tahu, diri ini tidak sekuat mereka.

    Sebab itu saya buat kenyataan untuk belanja kunafa tanda hadiah buat wira dan wirawati negara.

    Ujar Ojen, dia bakal menggunakan servis penghantaran kunafa ke kediaman para sukarelawan jika mendapat alamat.

    MENARIK:  [VIDEO] Luna Maya Rancang Timang Anak Tahun Depan, Mahu Nikmati Dulu Kehidupan Berdua

    Harapan buat gelombang ketiga

    Dalam pada itu, Ojen berharap agar orang ramai menggunakan media sosial dengan bijak bagi menyebarkan kesedaran mengenai misi GSF.

    Harapan saya untuk kita semua jangan mendiamkan diri sebab kesemua bot FFC dan Umm Saad telah dipintas.

    Jangan berhenti bersuara. Pulangkan kesemua 9 delegasi dengan selamat.

    Gunakan platform yang ada dengan bijak.

    Perjuangan GSF bukan sendirian tapi bersama dan disokong penuh rakyat Malaysia.

    Kemanusiaan bukan jenayah. Buka otak dan fokus hanya satu, saudara mara kita di Gaza dah lama sengsara.

    Mereka perlukan kita.

    The post Ojen Aiwah Sebak Perjuangan GSF, Nekad Beri Kunafa Percuma – ‘Ini Tanda Hadiah Buat Mereka’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah