Penyanyi meningkat naik, Ammar Haikal mengakui mempunyai peluang untuk menggunakan populariti bapanya, Datuk Ameng, bagi membantu mengembangkan kerjaya seninya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ammar Haikal Percaya Kekuatan ‘Gila Bayang’, Mahu Dikenali Atas Usaha Sendiri
Artikel Berkaitan: ‘Walaupun Tahun Lepas Saya Nombor Empat, Saya Nak Tengok Azeva Juara’ – Ammar Haikal
Tak salah guna populariti ayah

Ketika ditemui , Ammar atau nama penuhnya Wan Ammar Haikal Wan Aminuddin, 19, berpendapat tidak salah untuk menggunakan nama bapanya sebagai platform bagi memperkenalkan diri dalam industri seni.
Malah, pelantun lagu Gila Bayang itu menganggap satu kerugian jika peluang tersebut tidak dimanfaatkan.
Saya memang ada peluang untuk guna nama ayah saya iaitu Datuk Ameng Spring.
Cuma saya sendiri memilih jalan untuk tidak guna nama dia.
Saya nak lari jauh supaya orang tak nampak bayangan Ameng Spring dekat saya.
Tapi rugi juga kalau saya tak gunakan peluang itu. Saya ada juga gunakan nama ayah saya untuk promosikan diri sendiri.
Ammar berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pengumuman Top 10 Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Ombak, KLCC pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Ammar berpendapat setiap individu berhak memanfaatkan kelebihan yang dimiliki, selagi ia dapat membantu mengembangkan kerjaya masing-masing.
Pada saya tak salah pun nak guna nama ayah sendiri untuk populariti sendiri.
Terpulang pada individu itu sendiri. Orang luar tiada hak nak judge perkara itu. Dah itu memang ibu atau bapa dia.
Terdahulu, penyanyi Zaki Yamani pernah menasihati abangnya, Osama Yamani supaya lebih memanfaatkan peluang menghasilkan kandungan bersama bapa mereka, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah bagi membantu mengukuhkan nama dalam industri seni.
Bagaimanapun, Osama menyuarakan hasrat untuk membina identiti sendiri tanpa terlalu dibayangi nama besar bapanya.
Sementara itu, Ammar Haikal tercalon sebagai Top 15 kategori Penyanyi Gen Z di Paling Viral Online 2.0.
OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!
The post #OBPVO2.0: [VIDEO] Ammar Haikal Tak Kisah Guna Nama Ameng Spring Untuk Promosi Diri – ‘Rugi Kalau Tak Manfaatkan Peluang’ first appeared on OHBULAN!.





