28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alif Teega Mengaku Tak Bersalah Seleweng Dana Awam Program Jom Infaq & Daging Korban

    Shopee Sale



    Alif Teega

    Pempengaruh Islamik, Alif Teega mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyeleweng dana awam di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

    Mengaku tak bersalah

    Alif Teega

    Memetik Mstar, pemilik sebenar Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.

    Mengikut pertuduhan, suami kepada Aisyah Hijanah itu didakwa menyeleweng dana awam program Jom Infaq dan Jom Sumbang Daging Korban yang dianjurkan pada tahun ini.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

    Susulan itu, mahkamah menetapkan 21 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.

    Sebelum itu, Alif dalam rayuannya memohon jaminan dikurangkan sebanyak RM10,000 namun ditolak mahkamah.

    MENARIK:  Program Realiti Nyanyian TV3 Kembali Lagi! Nak Jadi Penyanyi? Jom Sertai Uji Bakat Sekarang

    Usahawan itu juga diminta menyerahkan pasport antarabangsa miliknya kepada mahkamah selain perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali sehingga kes selesai.

    Pada 10 Julai lalu, SPRM menahan Alif dan Aisyah bagi membantu siasatan atas dakwaan menyeleweng dana derma awam.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah