29.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #OBPVO2.0: Jazmy Juma Impi Bergandingan Dengan Aiman Hakim Ridza – ‘Kalau Boleh Mahu Naskhah Berat’

    Shopee Sale

    Pelakon, Jazmy Juma menyimpan hasrat untuk bergandingan dengan rakan artisnya, Aiman Hakim Ridza yang dikatakan memiliki raut wajah seiras dengannya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Tak Tersinggung Lakonan Dilabel ‘Kayu’ – ‘Saya Perlu Perbaiki & Belajar Lagi’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Jawab Kritikan Sering Sarung Uniform ‘Pilot’ – ‘Kami Bertemu Tenaga Pengajar Penerbangan Untuk Tahu Pemakaian Mereka’

    Iras muka

    Menurut pemilik nama Jazmy Khan Juma Khan, 28, dia mahu membintangi naskhah yang lebih berat dari segi jalan cerita dan penghayatan watak bersama Aiman.

    Dalam pada itu, Jazmy turut menamakan beberapa pelakon senior yang menjadi pilihan untuk bergandingan dengannya.

    Saya harap saya dapatlah berlakon bersama Aiman. Kalau boleh naskhah yang ‘dark’ (berat).

    Selain Aiman, saya nak juga berlakon bersama Zul Ariffin, Beto Kusyairy, Amirul Affendi, Zahiril Adzim kerana mereka mungkin mempunyai pengalaman berlakon yang berbeza memandangkan sudah lama dalam industri ini.

    Malah, Jazmy berharap dapat menimba ilmu dan pengalaman daripada pelakon-pelakon hebat berkenaan dalam usaha memantapkan mutu lakonannya.

    Saya berharap saya boleh belajar daripada mereka. Walaupun mereka tidak kongsi tetapi saya boleh belajar melalui pemerhatian pun sudah cukup.

    Tetapi jarang nak jumpa pelakon hebat dekat luar sana yang jarang berkongsi ilmu. Mereka akan sentiasa berkongsi dan bimbang terhadap pelakon lain.

    Dalam perkembangan lain, Jazmy tercalon sebagai Top 15 kategori Pelakon Paling Viral di Paling Viral Online 2.0.

    MENARIK:  [VIDEO] Janna Nick Bawa Telekung ‘Instant’ Dalam Beg Buat Netizen Kagum – ‘Jangan Menilai Dari Luaran’

    OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.

    Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.

    Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi

    Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi  Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!

    The post #OBPVO2.0: Jazmy Juma Impi Bergandingan Dengan Aiman Hakim Ridza – ‘Kalau Boleh Mahu Naskhah Berat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah