31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #OBPVO2.0: Aziz Harun Teruja Tercalon Penyanyi Gen Z Paling Viral – ‘Tak Sabar Lihat Sokongan Peminat’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Aziz Harun meluahkan rasa teruja apabila tercalon dalam Paling Viral Online 2.0 (OBPVO) menerusi kategori Penyanyi Gen Z Paling Viral.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aziz Harun Anggap Penyanyi Gen Z Segarkan Industri Muzik – ‘Ramai Boleh Jadi Lebih Kreatif’

    Artikel Berkaitan: Aziz Harun ‘Move For Good’, Dah Dua Tahun Pindah Malaysia – ‘Kalau Di Sini Lebih Mudah Nak Bekerja’

    Sangat berbesar hati

    Ketika ditemui , Aziz atau nama sebenarnya Abdul Aziz Harun, mengimbas kembali pengalaman ketika dicalonkan dalam sebuah anugerah semasa di awal pembabitannya dalam industri muzik.

    Menurutnya, pencalonan kali ini memberikan pengalaman berbeza memandangkan ia merupakan kategori baharu yang diperkenalkan dalam OBPVO 2.0.

    Saya pernah tercalon dalam kategori Artis Baharu ketika mula-mula berada dalam industri menerusi lagu Senyum, ketika itu saya baru berusia 16 tahun.

    Jadi, tahun ini saya dimaklumkan sekali lagi tercalon dalam kategori baharu. Saya pun tertanya-tanya, kategori baharu? Rasa seperti ada sesuatu yang baharu untuk diraikan.

    Saya juga teruja dan ingin tahu kategori apa yang diperkenalkan. Apabila mengetahui ia kategori Penyanyi Gen Z, saya rasa sangat berbesar hati kerana tercalon dalam kategori baharu ini.

    Saya harap peminat-peminat saya akan memberikan sokongan dan undian kerana ini merupakan kali pertama saya benar-benar mengambil bahagian dalam acara anugerah. Saya tidak sabar untuk melihat sokongan daripada peminat.

    Aziz berkata demikan ketika ditemui dalam acara Mini Creators Fiesta ABPBH 38 di Ombak KLCC, pada Sabtu.

    Mengulas lanjut mengenai pencalonan yang diterima, pelantun lagu Telepati itu mengakui tidak berasa tertekan dengan pengiktirafan tersebut.

    MENARIK:  [VIDEO] Mohd Sophian Kecewa Servis PMW Kurang Memuaskan – ‘Makanan Ini Baru Saja Sampai Tapi Sejuk’

    Sebaliknya, dia lebih menghargai sokongan pendengar yang masih menikmati karya muziknya.

    Sejujurnya, saya sangat bersyukur apabila lagu-lagu atau diri saya sendiri tercalon dalam mana-mana anugerah. Itu merupakan satu penghargaan yang sebelum ini tidak pernah saya dapat.

    Tetapi dari segi tekanan, saya tidak begitu merasakannya kerana sejujurnya saya bukan jenis yang mengejar anugerah.

    Selagi orang masih mahu mendengar lagu saya dan gembira mendengarnya, saya pun sudah cukup gembira.

    Sekadar info, Aziz Harun tercalon dalam kategori ini bersama beberapa nama lain seperti Insomniacks, Irfan Haris, Haqiem Rusli, Iman Troye, Aisha Retno dan ramai lagi.

    Paling Viral 2.0 (OBPVO) mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.

    Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.

    Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi

    Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!

    The post #OBPVO2.0: Aziz Harun Teruja Tercalon Penyanyi Gen Z Paling Viral – ‘Tak Sabar Lihat Sokongan Peminat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah