Pelakon dan penyanyi, Azeva meluahkan rasa syukur apabila tercalon dalam kategori Nepo Baby Paling Viral menerusi Paling Viral Online 2.0.
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: Siapa Bakal Dinobatkan ‘Nepo Baby Paling Viral’? Zaki Yamani, Azeva & Ammar Ahyan Antara 15 Calon Pilihan
Bersaing sihat

Azeva, 25, bagaimanapun menganggap dirinya masih baharu dalam industri seni dan tidak menyangka namanya turut menjadi pilihan untuk dicalonkan dalam anugerah berkenaan.
Meskipun begitu, dia berharap kelab peminatnya dapat memberikan sokongan dengan mengundi namanya menerusi laman rasmi Paling Viral Online 2.0.
Saya hargai sangat dengan pencalonan Nepo Baby Paling Viral walaupun saya rasa diri ini biasa-biasa sahaja.
Kepada kelab peminat saya, Azeva Stars, kembali dengan kerja. Kena undi saya lagi, undi banyak-banyak.
Saya tidak pernah menang apa-apa anugerah lagi setakat ini, moga ada rezeki, insya-Allah.
Azeva berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam podcast Show Dalam Bilik.
Dalam pada itu, mengulas mengenai persaingan dengan calon lain dalam kategori sama, Azeva gembira dapat bersaing secara sihat, apatah lagi kebanyakan mereka merupakan rakan selebriti yang dikenalinya.
Selain Azeva, kategori Nepo Baby Paling Viral turut menampilkan Ammar Ahyan, Zaki Yamani, Cik B, Auddra, Airit Rayyan, Leona, Amad Dayyan, Thalita, Nayla Mikayla, Faris, Merrah, Mia Sara Shauki, Ammara dan Adrian Adam.
OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!
The post #OBPVO2.0: Azeva Syukur Tercalon ‘Nepo Baby Paling Viral’ – ‘Tak Pernah Menang Anugerah, Moga Ada Rezeki’ first appeared on OHBULAN!.





