31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    OBPVO: ‘Memori Mungkin Berulang’ Unggul Di Hati Peminat, Raih Trofi Kategori Lagu Paling Hot 

    Shopee Sale

    Lagu Memori Mungkin Berulang nyanyian Siti Nordiana dan Tomok telah dinobatkan sebagai pemenang bagi Kategori Lagu Paling Hot di malam kemuncak Paling Viral Online yang berlangsung pada malam Jumaat.

    Artikel Berkaitan: Dua Penyanyi ‘Leman’ Bergabung! Tomok & Siti Nordiana Jayakan Konsert ‘Memori Mungkin Berulang’, Bakal Imbau Kenangan Di Bangku Sekolah!

    Artikel Berkaitan: ‘Penyanyi Pun Perlu Ada Ilmu’ – Siti Nordiana

    Pilihan peminat 

    Kejayaan tersebut sekaligus mengetepikan calon-calon lain iaitu lagu Bukan Lagi Kita (Nadeera), Menjaga Jodoh Orang Lain (Ara Johari), Nurcinta (Amir Masdi) dan Angkat (Mimi Fly).

    Meskipun tidak dapat hadir, Siti Nordiana menerusi rakaman video mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada peminat yang tidak jemu mengundi untuk lagu tersebut.

    Alhamdulilah, lagu kami menang untuk kategori ini. Saya nak ucapkan terima kasih kepada , dan peminat kami yang mengundi sehingga berjaya memenangi kategori ini.

    Sebenarnya kemenangan ini untuk kalian semua. InsyaAllah ada rezeki, kami keluarkan lagi single lain selepas ini.

    Kolaborasi hebat antara dua penyanyi tersebut terbukti bahawa karya yang dicipta oleh mereka itu menjadi antara lagu kegemaran peminat.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Takut Suami Curang, Kieda Crepe Saran Letak Harta Benda Atas Nama Isteri – ‘Kita Boleh Menyayangi, Tapi Jangan Jadi Bod*h’

    Sebagai tanda kemenangan, Siti Nordiana dan Tomok menerima sebuah trofi eksklusif yang direka khas oleh pihak penganjur.

    Paling Viral Online mendapat sokongan daripada F&N Seasons, jenama minuman terkenal yang tampil sebagai penaja rasmi.

    Malam Paling Viral Online dihoskan oleh Fizi Ali dan disiarkan secara langsung menerusi saluran TikTok serta YouTube , membolehkan peminat di seluruh negara menyaksikan detik bersejarah itu.

    The post OBPVO: ‘Memori Mungkin Berulang’ Unggul Di Hati Peminat, Raih Trofi Kategori Lagu Paling Hot  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah