Pempengaruh, Shaniena Natasya menghadiahkan emas kepada pembantu rumahnya sebagai tanda menghargai jasa mereka kerana telah menjaga dan memenuhi keperluan keluarganya.
Artikel Berkaitan: Jaga Shaniena Natasya & Bayi, Suami Beri ‘Nurse’ Loket Emas
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Shaniena Natasya Terkejut Berhabis Lebih RM900 Beli Kasut ‘Crocs’ – ‘Kenapa Mahal? Baik Saya Beli Di TikTok’
Beri emas

Menerusi perkongsian di TikTok, Shaniena memuat naik video memaparkan dia menghadiahkan setiap satu pembantunya beg kertas yang berisi emas.
Kata Shaniena, dia berterima kasih kepada pembantu rumahnya yang bekerja keras menjaganya selepas bersalin anak sulung baru-baru ini.
Terima kasih jaga saya dan baby. Sungguh-sungguh bekerja jaga keluarga saya, bagi makan yang cukup.
Emas ini adalah hadiah penghargaan daripada saya kepada pembantu saya.
Sebelum ini, suaminya, Choudhry Wasim menghadiahkan loket emas kepada beberapa orang jururawat kerana telah menjaganya sepanjang bersalin.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Shaniena yang dilihat tidak berkira dengan pembatu rumahnya.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Shaniena Natasya Hadiahkan Emas, Hargai Kerja Keras ‘Maids’ & PA first appeared on OHBULAN!.





