34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nubhan Tak Ambil Hati Netizen Ejek ‘Padan Muka Nombor Tiga’ – ‘Saya Akui Kurang Memberi Dalam Persembahan’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Nubhan Ahmad tidak mengambil hati terhadap segelintir netizen yang mengejek dan seakan bergembira apabila dia sekadar meraih tempat ketiga dalam Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12).

    Artikel Berkaitan: Iskandar Ismail Juara GV12, Bawa Pulang RM100,000 – ‘Kalau Arwah Ayah Ada Mesti Dia Gembira’

    Rezeki

    Nubhan atau nama lengkapnya Ahmad Nubhan Ahmad, 40, berkata, dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai rezeki.

    Saya tidak kisah jika ada yang kata ‘padan muka dapat nombor tiga dan tidak jadi juara’. Apa pun keputusan yang diumumkan adalah rezeki. Saya akui perjalanan 12 minggu dalam program ini bukan sesuatu yang mudah.

    Berada di pentas final dan menjadi antara enam finalis terbaik sudah membuatkan saya sangat bersyukur. Dari awal sasaran saya memang untuk masuk final, soal juara atau tidak ini soal rezeki.

    Nubhan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert akhir GV12 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada Ahad.

    MENARIK:  Dr. Malar Luah Rasa Syukur, Anggap Pelantikan Sebagai Ikon Bahasa Satu Penghargaan – ‘Bahasa Melayu Adalah Bahasa Pertama Saya’

    Mengulas mengenai persembahan duet bersama Aina Abdul menerusi lagu Seluruh Cinta yang dikatakan kurang menyerlah, Nubhan mengakui kelemahan tersebut.

    Lagu solo memang pilihan saya sendiri, tetapi lagu duet ditentukan oleh pihak produksi. Saya terima sebagai satu cabaran dan merasakan sudah melakukan yang terbaik.

    Saya akui kurang memberi dalam persembahan itu kerana lagu berkenaan memang sukar. Terima kasih juga kepada Aina kerana memberikan komitmen yang sangat baik.

    Terdahulu, reaksi segelintir netizen mencuri perhatian apabila mereka dilihat berpuas hati dengan keputusan Nubhan yang sekadar berada di tempat ketiga dan tidak bergelar juara.

    Untuk rekod, Nubhan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi. Manakala gelaran juara GV12 menjadi milik penyanyi dari Singapura, Iskandar Ismail dengan membawa pulang wang berjumlah RM100,000.

    The post Nubhan Tak Ambil Hati Netizen Ejek ‘Padan Muka Nombor Tiga’ – ‘Saya Akui Kurang Memberi Dalam Persembahan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah