
Hampir setiap hari, ada sahaja perkongsian dalam media sosial mengenai pelakon, Bella Astillah dan ahli politik, Syed Saddiq yang mencuri perhatian netizen.
Kongsi tisu

Terbaharu, tular sepotong video memaparkan momen romantis apabila Bella dan Saddiq berkongsi tisu yang sama sewaktu menikmati hidangan ketika menghadiri sebuah majlis, baru-baru ini.
Lebih mencuri perhatian, apabila tisu itu telah digunakan oleh Bella terlebih dahulu untuk mengesat mulutnya sebelum diberikan kepada Saddiq.
Malah, Ahli Parlimen Muar itu juga dilihat mengesat mulutnya menggunakan tisu yang sama.
Pun begitu, netizen yang singgah ke ruangan komen berkata, tujuan aktres itu memberi tisu kepada Saddiq adalah untuk membuka botol minuman.
Sejak Ramadan lalu, mereka dilihat semakin akrab dan terbuka berkongsi kemesraan dalam media sosial masing-masing. Malah, video mereka juga sering lalu di ‘FYP’ platformm TikTok.
Sekadar info, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan aktor, Aliff Aziz.
Bagaimanapun, mereka sah bercerai pada 13 Jun tahun lalu, hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Mohamed Ayden Adrean, 8 dan Ara Adreanna, 5.





