Penyanyi Nubhan enggan mengulas lanjut mengenai punca keretakan rumah tangganya demi menghormati kes yang masih dalam proses perbicaraan.
Artikel Berkaitan: Selepas 10 Tahun Berkahwin, Nubhan Ceraikan Isteri
Artikel Berkaitan: ‘Nubhan Pernah Lafaz Cerai Pertama Pada 2017 & Telah Rujuk Tapi Tak Didaftarkan’ – Peguam
Hormati proses perbicaraan

Ketika ditemui , Nubhan atau nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahamad menyerahkan keputusan kepada mahkamah sekali gus akui perlu menjaga banyak hati.
Ujar Nubhan lanjut, dia turut reda dengan ujian yang menimpa rumah tangganya.
Tiada siapa pun yang mahukan perkara seperti ini berlaku. Jadi saya tak boleh komen lebih kerana isu ini masih dibicarakan di mahkamah.
Saya reda dengan apa yang sudah berlaku. Banyak hati yang perlu dijaga, jadi biarlah mahkamah yang menentukan.
Nubhan berkata demikian sejurus selesai prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Khamis.
Nafi orang ketiga

Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu Ada Untukmu itu menepis dakwaan orang ketiga sebagai punca perpisahannya bersama isteri, Dr Afifah Hidayah
Susulan itu, Nubhan berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai keretakan rumah tangganya.
Itu tidak benar sama sekali. Saya faham banyak spekulasi dan berita perceraian saya ini mengejutkan ramai pihak.
Orang boleh fikir macam-macam, cuma saya mohon semua hormati proses mahkamah yang sedang berjalan. Saya juga mengharapkan yang terbaik buat diri saya dan pihak sana.
Pada prosiding yang berlangsung itu, Hakim Syarie Tuan Muhamad Nazri Basrawi menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh perbicaraan bagi kes berkenaan.
Dalam prosiding tersebut, Nubhan selaku plaintif diwakili oleh peguam syarie Mohd Redzuan Ramli, manakala pihak defendan (Dr Afifah) diwakili oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir.
Sebelum ini, Akberdin memaklumkan Nubhan pernah melafazkan cerai terhadap isterinya pada tahun 2017, namun pasangan itu kembali rujuk dalam tempoh idah.
Menurut peguam syarie itu, Nubhan memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah yang didakwa berlaku dalam sebuah kereta pada 26 Ogos lalu.
Katanya lagi, perceraian kali ini berlaku secara baik tanpa sebarang konflik besar, sebaliknya berpunca daripada perselisihan faham dalam rumah tangga.
Difahamkan, sejak kejadian itu pasangan berkenaan tidak lagi tinggal sebumbung.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkongsian hidup selama hampir 10 tahun, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.
The post Nubhan Nafi Orang Ketiga Punca Keretakan Rumah Tangga, Mohon Henti Buat Spekulasi first appeared on OHBULAN!.





