Penyanyi dan usahawan, Nubhan enggan membaca komen-komen di media sosial mengenai dirinya kerana mahu memberi perhatian penuh terhadap kerjayanya sebagai peserta Gegar Vaganza musim 12.
Artikel Berkaitan: Nubhan Tidak Ambil Hati Dengan Gurauan Isu Perceraian Dibuat Nabil Ahmad & Sherry – ‘Susah Nak Cakap’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Pilih Sewa Rumah Di Dengkil, Enggan Anak-Anak Lihat Pertengkaran Dengan Dr Afifah
Tak baca komen

Ketika ditemui , pemilik nama Ahmad Nubhan Ahamad, 39, berkata pujian tidak menentukan nilai diri dan kritikan pula bukanlah sesuatu yang boleh membunuh semangat.
Saya memang tidak baca komen, sebab rasa tidak perlu. Kita nak cari apa dekat komen? Pujian? Kita tidak hidup dek puji.
Kita nak cari cacian, kita tidak mati dek keji. Kita kena tahu apa kita punya kekuatan dan kelemahan agar kita boleh berikan yang terbaik.
Mengulas lanjut, Nubhan menjelaskan bahawa ketika ini dia lebih selesa memberi tumpuan kepada dirinya sendiri dan enggan membiarkan sebarang perkara negatif mempengaruhi emosinya.
Saya tidak baca komen, sebab keutamaan saya adalah pada diri saya, persembahan dan Gegar Vaganza.
Saya tidak mahu anasir-anasir lain mengganggu saya. Perkara-perkara ini tidak sepatutnya diberikan perhatian dan mungkin akan menggangu fokus persembahan dan mental.
Bergantung pada diri masing-masing

Bagaimanapun, pelantun lagu Kekasih Untukku itu berkata semuanya bergantung pada ketahanan diri masing-masing.
Itu adalah pilihan. Kalau awak rasa (mental) kuat untuk baca dan hadam semuanya, ikut diri masing-masing.
Mungkin ada orang dia boleh hadam benda itu tapi bukan saya.
Lebih baik saya fokus untuk melakukan persembahan terbaik kerana dalam banyak-banyak perkara yang terjadi masih ada orang yang menyokong. Jadi lebih baik saya bagi yang terbaik kepada penyokong saya.
The post Nubhan Enggan Baca Komen Pasal Diri – ‘Saya Rasa Tidak Perlu, Nak Cari Pujian? Kita Tidak Hidup Dek Puji’ first appeared on OHBULAN!.





