27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Norreen Iman Gusar Jemaah Umrah Terkandas, Luah Hasrat Ingin Hulur Bantuan – ‘Kalau Simpanan Mereka Sudah Berkurang ..’

    Shopee Sale

    Ketengangan yang berlaku di antara Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran telah mencetuskan pelbagai isu sehingga menjejaskan urusan para jemaah yang sedang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Nak Pelakon Berbadan Besar Hanya Melawak & Memenuhi Ruang Sesebuah Karya Sahaja’ – Norreen Iman

    Artikel Berkaitan: Norreen Iman Syukur Ada Suami Macam Razzi, Pernah ‘Struggle’ Nak Beli Lampin Anak – ‘Ini Semua Fasa Kehidupan’

    Bantu jemaah

    View on Threads

    Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman turut meluahkan kerisauannya terhadap jemaah di sana yang berkemungkinan menghadapi masalah terutama dari segi kewangan.

    Saya tertanya-tanya sesuatu. Wallahi, hati ini terdetik. Mengenai jemaah yang terkandas di Jeddah dan Madinah buat masa ini, saya ada menonton satu video yang memaklumkan bahawa penginapan mereka tidak ditanggung oleh pihak penerbangan.

    Pihak agensi pula tidak mampu menanggung semua untuk mereka, hanya dapat menyediakan tiket penerbangan balik sahaja.

    Norreen turut meluahkan kebimbangannya terhadap keadaan jemaah yang berkemungkinan berada dalam situasi tertekan serta serba kekurangan.

    Saya terfikir, kalau simpanan mereka sudah berkurang, nak makan, tempat tinggal lagi, ubat-ubatan..sekurang-kurangnya untuk mereka terus bertahan sementara menunggu arahan sampai bila perlu ada di sana.

    Kalau ada peluang dapat membantu mereka apa salahnya.

    Justeru itu, atas dasar sifat kemanusiaan, Norren atau nama penuhnya, Noreen Iman Abdullah, terpanggil untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas akibat konflik di Tanah Arab itu.

    Sekiranya ada yang memerlukan bantuan di sana, saya nak tolong. Saya percaya pasti ada juga yang lain ingin sama-sama membantu.

    Tolong bantu saya untuk hubungi mereka. InsyaAllah, kita cuba bantu permudahkan urusan mereka.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] Suara Thalita ‘Crack’, Shuib Rasa Serba Salah – ‘Maafkan Daddy Letak Awak Dalam Situasi Begini’

    The post Norreen Iman Gusar Jemaah Umrah Terkandas, Luah Hasrat Ingin Hulur Bantuan – ‘Kalau Simpanan Mereka Sudah Berkurang ..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah