26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Noor Nabila Zahir Ucapan Takziah, Titip Kata Semangat Buat Sharnaaz & Keluarga

    Shopee Sale



    Usahawan, Noor Nabila menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas bapa mentuanya iaitu Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad.

    Nabila titip ucapan takziah

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story (IG Story), Nabila atau nama lengkapnya Noor Nabila Mohd Noor mendoakan agar Allah SWT memberi keampunan dan menempatkan Allahyarham di kalangan orang yang beriman.

    Semoga Allah SWT memberi kedamaian abadi dan mengampuni dosamu. Semoga dikurniakan tempat yang tertinggi di syurga Allah.

    Dalam kesempatan itu, kakak kepada usahawan Noor Neelofa ini juga memberi kata-kata semangat buat bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad  dan keluarga atas kehilangan bapa tercinta.

    Semoga Allah beri kekuatan dan kesabaran untuk awak, mama dan semuanya.

    Sementara itu, Datin Noor Kartini, PU Riz, Athisha dan Ameera Khan turut mengucapkan salam takziah serta menitipkan doa buat Sharnaaz dan keluarga.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri Santai Jual Jeruk Mangga Di Live TikTok, Netizen Puji – ‘Tak Penat Kerja Walaupun Dah Kaya’

    Terdahulu, pelakon Sharnaaz menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan bapanya telah menghembuskan nafas terakhir 1.40 pagi, pada Rabu.

    Jenazah akan disolatkan di Masjid Syed Eyusof, George Town selepas Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama.

    Doa agar Sharnaaz dan keluarga kuat

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah