29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘No, Jangan Upload!’ – Ustazah Asma’ Harun Tegur Trend Video Joget Dengan Keluarga Di Media Sosial

    Shopee Sale

    Tak dinafikan, dalam dunia yang serba terbuka hari ini, menjaga maruah dan kehormatan diri menjadi satu cabaran yang cukup besar.

    Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Pesan Jangan Buat Lagi Trend ‘Berjoget Ambil Duit Raya’, Jaga Adab & Maruah Diri

    Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Tegur Wanita Muslim Buat Trend Joget Sebelum Ambil Duit Raya, Minta Jaga Akhlak – ‘Jangan Normalisasikan’

    ‘Nak cari lelaki yang malu itu sangat susah’

    Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Ustazah Asma’ Harun berkata, salah satu sifat yang kian terhakis dalam masyarakat kita adalah sifat malu sama ada dalam diri kaum Adam mahupun Hawa.

    Masya-Allah, akhir zaman nak mencari wanita yang pemalu itu sangat susah. Nak cari lelaki yang malu itu sangat susah.

    Jadi malu, ‘al-hayau minal iman’, Nabi sebut malu adalah sebahagian daripada iman. Orang yang hilang sifat malu maksudnya dicabut imannya. Yang kita bimbang kita mati dalam keadaan tidak beriman kepada Allah.

    Jelasnya lagi, sifat malu bukan sekadar perasaan segan, tetapi ia adalah penggerak yang menghalang seseorang daripada melakukan perkara yang mungkar atau tidak sopan.

    Zahir nampak beriman solat, puasa, sedekah, zakat, pergi haji, pergi umrah tapi sifat malu tidak ada.

    Rupanya segala ibadahnya itu tidak mampu nak menguatkan sifat malu di dalam hatinya. Sifat malulah yang akan menjadi dinding ataupun penghalang daripada kita melakukan perbuatan mungkar.

    ‘No, jangan upload!’

    View this post on Instagram

    A post shared by Ustazah Asma' Harun (@ustazahasmaharun)

    Ustazah Asma’ turut menyentuh tentang fenomena ‘berjoget’ bersama keluarga di media sosial. Ujarnya, tidak salah untuk bergembira bersama keluarga, bergelak tawa atau berseloroh, namun setiap perkara ada hadnya.

    Family ajak berjoget, pasang lagu-lagu raya, okeylah… sama family okeylah. Tapi ada yang rakam kemudian nak upload.

    Boleh tak nak upload? Nak tunjuk family happening ni. Kita terus larang, ‘No, jangan upload! Jangan share di media sosial! Jangan sampai video ini lelaki ajnabi lihat!’ Ini orang beriman.

    Ustazah Asma’ menyeru agar kita lebih berhati-hati sebelum berkongsi apa-apa di media sosial lebih-lebih lagi melibatkan maruah seseorang.

    Gembira juga, seronok juga, buat lawak juga, happening juga. Tapi ada limit dia. Mana yang di kalangan keluarga saja, dengan anak-anak saja, dengan kita suami isteri saja.

    Tapi bila melibatkan public, bila melibatkan orang luar, bila melibatkan ajnabi, maka kita kata ‘No, jangan upload, jangan tunjuk.’ Ada benda yang kita kena sekat.

    Sumber: Instagram Ustazah Asma’ Harun

    MENARIK:  Jaslinda ‘Survive’ Dalam Hutan Dengan Minum Air Periuk Kera, Ini Kebaikan & Bahaya Yang Ramai Tak Tahu

    The post ‘No, Jangan Upload!’ – Ustazah Asma’ Harun Tegur Trend Video Joget Dengan Keluarga Di Media Sosial first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah