Penyanyi, Nikki Palikat memaklumkan bahawa kisah cintanya bersama jejaka Perancis telah menemui titik noktah sekitar enam bulan lalu.
Artikel Berkaitan: Nikki Palikat Menyanyi ‘Bertakhta Di Hati’ Untuk Anak – ‘Dia Adalah Kekuatan Saya’
Artikel Berkaitan: Nikki Palikat Sanggup Biarkan Lutut Lebam, Janji Puas Nyanyi Rock
Sudah single

Ketika ditemui , pemilik nama Nicollete Louise Palikat, 40, berkata buat pertama kali dalam tempoh 15 tahun dia menjalani kehidupan secara bersendirian tanpa kehadiran seorang pasangan di sisi.
Kami sudah tidak ada apa-apa hubungan. Saya sudah single tetapi tidak available.
Dalam enam bulan juga kami sudah putus hubungan.
Inilah kali pertama saya single dalam masa 15 tahun. Selama ini memang ada saja (pasangan) jadi saya rasa inilah masanya untuk saya enjoy dengan kehidupan single.
Sementara itu, Nikki berkata kini dia lebih bahagia dan tenang menjalani kehidupan seharian seorang diri.
Saya sedar bila saya dengan diri sendiri, tiada langsung masalah.
Kita miliki 100 peratus rasa aman dan bahagia itu sendiri. Macam mana saya tiak gembira. Saya baharu sedar yang saya suka hidup sendiri (tanpa pasangan).
Sebelum ini apa sahaja yang saya lakukan dengan pasangan rupa-rupanya saya juga boleh buat sendiri. Kenapa tidak?
Rumah tangga

Bagaimanapun, pelantun lagu Caramu itu memaklumkan dia tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi sekiranya berjumpa dengan lelaki yang tepat.
Saya masih terbuka untuk menerima pasangan dalam hidup. Kalau ada lelaki yang sesuai kenapa tidak.
Saya ni orangnya romantis, kalau datang peluang untuk bercinta kembali, saya suka sahaja pada perkahwinan. Saya rasa saya boleh jadi seorang isteri yang baik, daripada apa yang saya lalui dalam hidup ini.
Tetapi dalam satu hubungan itu perlu ada komitmen daripada dua-dua pasangan (suami dan isteri). Kalau tiada calon (suami) yang sesuai, saya okay sahaja hidup sendiri.
Pada tahun lalu, Nikki memaklumkan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan jejaka Perancis.
Hubungan mereka mula terjalin ketika dia mendapatkan rawatan kiropraktik daripada jejaka berkenaan yang merupakan pengamal perubatan alternatif.
The post Nikki Palikat Kembali ‘Single’, Hubungan Dengan Jejaka Perancis Sudah Berakhir first appeared on OHBULAN!.





