30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    New Boyz Gegarkan Dewan Plenari, Hadiahkan 100 ‘Teddy Bear’ Kepada Peminat Di Konsert

    Shopee Sale



    Konsert New Boyz 25th Anniversary Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) telah melabuhkan tirai dengan jayanya, pada Sabtu.

    New Boyz hadiahkan 100 teddy bear

    Dihadiri hampir 3,000 penonton, New Boyz menggegarkan Dewan Plenari dengan mempersembahkan 28 buah lagu mengimbau kenangan dari album pertama hingga keenam.

    Antara lagu yang disampaikan adalah Meraung, Sejarah Mungkin Berulang, Dia, Lukamu Lukaku Jua dan banyak lagi. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1999 ini juga turut membawa elemen kejutan dengan mengundang penyanyi, Siti Nordiana bagi mempromosikan lagu duetnya Memori Mungkin Berulang. bersama vokalis New Boyz iaitu Tomok yang berjudul Memori Mungkin Berulang.

    Lebih menarik apabila Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 40, sempat mengedarkan hampir 100 patung beruang buat peminat bertuah.

    Disebabkan mahu mengimbau kenangan, kami hadiah 100 patung beruang kepada peminat sebab dulu jika kami mengadakan persembahan, ada yang hadiahkan kami patung beruang dan pelbagai lagi. Jadi kali ini, kami pula yang beri kepada peminat.

    Dalam pada itu, Tomok memaklumkan bahawa pakaian yang dipakai ahli kumpulan New Boyz dari awal sehingga tamat konsert adalah diinspirasikan daripada gaya sewaktu zaman kegemilangan dalam industri muzik tanah air.

    MENARIK:  [VIDEO] Fazura Kongsi Video AI Peluk Arwah Bapa, Netizen Nasihat Ambil Masa Tenangkan Diri

    Sementara itu, kesemua ahli kumpulan New Boyz yang terdiri daripada Tomok selaku vokalis, Afiez (gitar utama), Jay (gitar utama), Lan (gitar kedua), Zack (bass), Ristoe (dram) dan Along (dram) meluahkan rasa gembira dan terharu dengan sambutan hangat daripada penonton.

    Sekadar info, New Boyz akan mengadakan konsert di Singapura, Oktober hadapan sebelum mengambil keputusan untuk berehat dalam tempoh beberapa tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah