33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Terhibur Melihat Lan Pet Pet ‘Meminta’ Derma Pengunjung di Bazar Ramadan – Hampa Nak Masuk Syurga Ke Tak?

    Shopee Sale



     

    Sebut sahaja nama pelawak Lan Pet Pet, sudah pasti ramai yang mengenali perangai dan sifatnya yang suka berjenaka bersama orang awam tak kira di mana jua dia berada.

    ‘Paksa’ orang beri derma

    Terbaharu, tular satu video memaparkan Lan yang sedang berada di sebuah bazar ramadan merangkul tangan seorang individu yang dipercayai merupakan pelajar tahfiz.

    Menerusi video tersebut, Lan dilihat turut membawa tabung derma sambil membawanya kepada beberapa pengunjung ke bazar ramadan berkenaan.

    Apa yang melucukan ialah, pemilik nama Mazlan Ahmad ini meminta derma dengan cara ‘memaksa’ beberapa individu untuk memasukkan wang sebanyak RM25 ke dalam tabung derma tersebut.

    Hang jangan nak record video, masuk RM25 dalam tabung ini.

    Mai buh (masukkan) duit, hampa nak masuk syurga ka dak?

    Hantaran video tersebut kemudiannya menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya di TikTok.

    MENARIK:  ‘Anak Suami Aku Tetap Nombor Satu..Sebab Dia, Aku Faham Tanggungjawab Seorang Ibu’ – Shaniena Natasya

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah lucu dan bersahaja yang ditunjukkan Lan bersama orang awam di bazar berkenaan.

    Komen netizen

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah