25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Suruh Duduk Rumah Dari Berlakon, Ayda Jebat Bersuara – ‘Profil Bertutup Litup, Tapi..’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menerima kritikan netizen apabila watak yang dilakonkan dalam drama Mandul Bukan Pilihan didakwa tidak dihayati dengan baik.

    Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Terima Banyak ‘DM’ Wanita Ketika Berambut Pendek

    Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Puji Hun Haqeem Tak Tinggal Solat

    ‘Ada yang tengah kutuk ke?’

    Menyedari akan perkara itu, pemilik nama Nurul Suhada Jebat, 33, mengatakan dia tidak menyangka komen negatif itu datang daripada seorang perempuan yang bertudung.

    Tengok profil (media sosial) masing-masing, cantik, manis dan bertutup litup tapi…

    Sementara itu, segelintir netizen turut mengatakan Ayda sudah tidak perlu beraksi di kaca televsiyen sebaliknya menjaga anak-anaknya di rumah.

    Ayda menempelak dengan mengatakan individu itu yang sepatutnya menjaga hati dan mulut daripada bercakap perkara-perkara yang tidak baik.

    Kalau suruh jaga anak itu, memang ramai yang jaga jadi jangan risau.

    Hidup kita alhamdulillah. Baik jaga diri sendiri.

    Yang penting jaga hati, mulut dan perasaan benci.

    Sebelum ini, seorang individu memuat naik hantaran di Threads menyatakan pendapatnya tentang lakonan Ayda dalam drama terbarunya.

    MENARIK:  Syamel & Aepul Roza Simpan Lagu Tujuh Tahun, Puteri Khareeza Berjaya Hidupkan ‘Lumrah Cinta’

    Menurut individu itu, Ayda tidak sesuai memainkan watak tersebut dan meminta supaya aktres itu berehat di rumah dengan menjaga anak-anaknya.

    Sumber: Threads (1), (2), (3)

    The post Netizen Suruh Duduk Rumah Dari Berlakon, Ayda Jebat Bersuara – ‘Profil Bertutup Litup, Tapi..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah