25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Minta Tips ‘Effortless Beauty’, Fazura Ajar Sayangi Diri – ‘Jangan Terlalu Confident & Insecure Keterlaluan’

    Shopee Sale



    Pelakon dan usahawan, Fazura berkongsi tip untuk menjadi seorang yang cantik tanpa memerlukan usaha (effortless beauty) adalah dengan menyayangi diri sendiri walaupun mempunyai kekurangan.

    Effortless beauty

    Menerusi komen di Threads, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 43, berkata sebelum ini dia juga tidak mempunyai keyakinan kerana merasakan diri tidak sempurna.

    Katanya, dia selalu tidak yakin dengan dirinya kerana mempunyai gigi yang tidak tersusun rapi seperti orang lain.

    Namun siapa sangka, kekurangan itu jugalah yang menjadi kesempurnaan buat orang lain apabila dipanggil untuk menjadi model iklan ubat gigi.

    Ada yang kata pakai braces, tapi sebenarnya tak.

    Dulu selalu insecure gigi macam masuk ke dalam. Rupa-rupanya dapat jadi model iklan ubat gigi.

    Di sini kita belajar, jangan terlalu yakin dan jangan pula insecure keterlaluan. Sayangi dirimu.

    Fazura berkongsi perkara itu apabila seorang individu bertanya bagaimana mahu menjadi cantik secara semula jadi sepertinya.

    MENARIK:  KISS OF LIFE, 82MAJOR, WHIB & Ismail Izzani Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Menerusi ‘IDOL Radio’ Oktober Ini

    Menerusi tinjauan , bekas isteri kepada pelakon kacak iaitu Fattah Amin dilihat melayani para peminat di Threads.

    Ramai peminat mengambil peluang bertanyakan soalan kepada pelakon filem Pisau Cukur itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah