Pelakon dan pengacara Sean Lee menerima kritikan hebat daripada netizen susulan penampilan dan tariannya yang dikatakan meniru anggota kumpulan BTS iaitu Jung Kook.
Netizen minta Sean jadi diri sendiri
Menerusi video pendek yang dikongsikan di TikTok Warner Music Malaysia, memperlihatkan Sean Lee atau nama sebenarnya Lee Jia Ern menari dengan iringan single terbaharunya berjudul Tak Sanggup Menerima. Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai, gerakan tarian Sean dilihat mirip dengan tarian Jung Kook atau mesra dengan panggilan Kookie menerusi muzik video Standing Next To You.
Video yang dikongsikan semula di aplikasi X bagaimanapun menerima kecaman daripada netizen terutamanya peminat Jeun Jung-kook yang menasihati Sean supaya tidak meniru orang lain sebaliknya menjadi diri sendiri. Malah ada yang berpendapat bahawa Sean seharusnya fokus dan kekal menjadi pelakon dan pengacara.
Tidak kurang juga ada yang tertanya-tanya dan tidak faham mengapa ramai selebriti Malaysia dilihat cuba menjadi dan meniru artis K-pop dan mereka sepatutnya memiliki identiti sendiri.
Video
IM SORRY SEAN HONEY, KAMI PUN TAK SANGGUP TERIMA KALAU MACAM NI
????????? pic.twitter.com/xZNbCbdHqK— aLeL ? (@AzlilAdzif) January 16, 2024