Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan PU Rahmat Ikhsan tampil memberi teguran kepada segelintir netizen yang menghalang golongan wanita menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0.
Artikel Berkaitan: PU Rahmat, Imam Asyraf & PU Amin Bakal Berangkat Ke Rafah – ‘30 Kontena Bantuan, Semoga Sampai Ke Perut Anak Gaza’
Artikel Berkaitan: PU Rahmat Selar Individu Kait Perceraian Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Dengan Misi Sumud Flotilla – ‘Lidah Seorang Pembenci’
Jangan halang Ardell menjadi wanita hebat

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, PU Rahmat atau nama lengkapnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 33, berpendapat setiap individu memiliki cara tersendiri dalam mendidik pasangan.
Tambah PU Rahmat, dia berharap agar tiada mana-mana pihak yang menghalang pelakon Nadzmi Adhwa dalam memberi kebenaran kepada isterinya, Ardell untuk berjuang di Sumud Flotilla 2.0.
Korang tak nak benarkan isteri sertai sumud itu hak korang. Nak simpan isteri dalam rumah dan layan netflix sampai 100 episod sekali pun, silakan.
Cuma jangan halang Nadzmi Adhwa benarkan Ardell berjuang. Jangan halang potensi wanita menjadi hebat disisi Allah.
Aku kalau ada isteri nanti, aku suruh dia berkawan dengan Ardell. Tidak la aku bagi kawan dengan isteri kau.
Kasar ke ayat aku? Alhamdulillah kalau terasa, itu tanda hati masih hidup sebab kalau dah hilang rasa lagi bahaya.
Aurat wanita

Dalam pada itu, PU Rahmat menegaskan bahawa Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin sentiasa menjaga aurat dan maruahnya sepanjang berada di atas kapal.
Selain itu, PU Rahmat turut menitipkan pesanan agar para suami menjaga aurat isteri sendiri dan bukan menilai aurat wanita lain.
Hal aurat, ikhtilat, kau pernah tengok ke aurat Ardell? Dia hampir 24 jam pakai tudung atas kapal.
Ardell ini asal kapal aku selisih dengan dia, mesti duduk bucu kapal sebab dia jaga maruah dirinya.
Sibuk maruah isteri kau sudah la. Jangan ingat Ardell sama macam isteri kau yang pergi buang sampah depan rumah pun tak pakai tudung.
Sumber: Threads @rahmat.ikhsan.official
The post ‘Nak Simpan Isteri Dalam Rumah & Layan Netflix Sampai 100 Episod, Silakan’ – PU Rahmat first appeared on OHBULAN!.





