Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga. Ia adalah waktu terbaik untuk kita sama-sama muhasabah diri, dan gandakan kebaikan dengan berkongsi, memberi dari hati.
Bukan apa, dalam suasana ekonomi yang mencabar, ramai keluarga masih bergelut mendapatkan tempat berteduh.
Oleh itu, apa kata kita sama-sama ‘Gandakan kebaikan’ dan bantu mereka yang memerlukan melalui inisiatif yang dianjurkan oleh Tropicana Twister.
Sasarkan pembinaan 100 buah rumah

Kalau korang nak tahu, inisiatif ‘Gandakan kebaikan’ Tropicana Twister menyasarkan pembinaan sehingga 100 buah rumah untuk komuniti kurang mendapat perhatian termasuk keluarga Orang Asli di seluruh Malaysia.
Melalui kerjasama bersama EPIC Homes, setiap bantuan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia akan disalurkan sepenuhnya untuk membina kediaman yang selamat dan selesa untuk mereka yang memerlukan.
Rumah bukan sekadar dinding dan bumbung. Ia adalah ruang untuk anak-anak membesar dengan baik. Disinilah mereka akan menjalani kehidupan. Makan, minum, belajar, bermain bahkan mencipta memori bersama keluarga tercinta.
Dan inilah makna sebenar menggandakan kebaikan, di mana bantuan yang diberikan membawa kebaikan berpanjangan, mampu mengubah kehidupan dan mendatangkan kebahagiaan.
Rekod amalan kebaikan melalui chatbot untuk sampaikan bantuan

Jangan risau untuk kempen kali ini, korang tak perlu keluarkan sumbangan secara fizikal.
Korang cuma perlu kongsikan amalan kebaikan yang korang dah buat melalui chatbot digital Tropicana Twister bermula dari 18 Februari 2026 hingga 21 April 2026.
Setiap perkongsian akan ditukar menjadi “oren” digital yang kemudiannya akan diterjemahkan dalam bentuk sumbangan untuk pembinaan rumah bersama EPIC Homes.
Semakin banyak perkongsian, semakin banyak oren digital yang korang boleh perolehi dan semakin banyak sumbangan boleh disalurkan.
Tak kisahlah apa bentuk kebaikan sekalipun, misalnya kongsi makanan ketika berbuka, bantu jiran siram pokok bunga, jadi sukarelawan atau sekadar memberi kata-kata semangat, semuanya dikira.
Kerana apa? Kerana setiap kebaikan kecil mampu memberikan impak besar jauh daripada yang kita bayangkan.
Beli & berpeluang menang! Hadiah bernilai RM100,000 menanti

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk sertai peraduan Beli & Menang bersama Tropicana Twister dimana korang berpeluang untuk menang hadiah percutian ke Jepun, iPhone 17, Smart TV dan Touch ‘n Go eWallet dengan pembelian minimum RM10 produk #TropicanaTwister.
Tahun ini, jom #GandakanKebaikan bersama Tropicana Twister.
Kongsikan kebaikan korang di SINI
Ingat, walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun besar maknanya bagi mereka yang memerlukan.
The post Nak Gandakan Kebaikan Sepanjang Ramadan? Ini Yang Korang Boleh Buat first appeared on OHBULAN!.





