27.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Pempengaruh Terpaksa Buang 48 Paket Stok Susu, Anak Hanya Mahu ‘Direct Breastfeed’

    Shopee Sale

    Pempengaruh Aisyah berat hati apabila perlu membuang 48 paket stok susu yang telah disiap pam dan dibekukan untuk anaknya.

    Artikel Berkaitan: Tya Ariffin Kesal Beg Stok Susu Badan Lewat Tiba Dari London

    MENARIK:  [VIDEO] Arrian Shah Buat ‘Cover’ Lagu Sejarah Mungkin Berulang, Netizen Kata Suara ‘Sebijik’ Tomok Zaman Muda 

    Artikel Berkaitan: Mira Filzah Menangis ‘Outstation’ Tanpa Anak, Sedia ‘Cooler Box’ Untuk Simpan Stok Susu

    Buang stok susu

    " data-video-id="7551069149049507080" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @itsmeaisyah__

    dah cuba pelbagai botol pun dia reject , dia nak mengempeng je so terpaksa buang semua ni 😅 siapa pernah lalui ?

    ♬ original sound – 𝕒𝕚𝕤𝕪𝕒𝕙 𝕞𝕖𝕠𝕨 ᵔ ᴥ ᵔ – 𝕒𝕚𝕤𝕪𝕒𝕙 𝕞𝕖𝕠𝕨 ᵔ ᴥ ᵔ

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aisyah memaklumkan anaknya enggan menyusu melalui botol.

    Ujarnya lanjut, dia terpaksa membuang 144 ‘ounce’ (auns) kerana keadaan anaknya yang hanya ingin penyusuan terus.

    Dalam pada itu, pempengaruh tersebut turut mencari inisiatif lain selain membazir namun tidak menjumpainya.

    Ini stok susu yang nak dibuang. Sebab dah tarikh luput dan peti ais pun dah penuh.

    Anak saya sepenuhnya susu badan. Susu yang dah di pam ini dia tak mahu.

    Ada orang cakap boleh buat mandi, siram pokok, sabun. Tapi saya dengar ceramah, katanya tak boleh.

    Jumlah yang dibuang adalah 48 paket (144 auns).

    Saya pam banyak-banyak sebab saya bekerja dan memudahkan nak bagi susu pada anak.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, golongan ibu dilihat berkongsi kisah yang sama apabila perlu berdepan keadaan anak yang enggan menyusu botol. Selain itu, warganet turut menitipkan pesanan agar menyumbangkan kepada ibu-ibu yang memerlukan.

    Sumber: TikTok @itsmeaisyah_

    The post [VIDEO] Pempengaruh Terpaksa Buang 48 Paket Stok Susu, Anak Hanya Mahu ‘Direct Breastfeed’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah