32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nad Zainal Tak Malu Pakai Barangan Murah – ‘Saya Hanya Kerja Sebagai Pelakon’

    Shopee Sale

    Pelakon, Nad Zainal berpendapat kerjayanya sebagai seorang pelakon tidak membataskannya untuk menjalani kehidupan seperti manusia biasa yang sukakan barangan murah.

    Artikel Berkaitan: Nad Zainal Utamakan Keperluan Anak-Anak, Beli Baju Raya Harga Bawah RM100

    Artikel Berkaitan: Nad Zainal Nasihat Kilafairy Tabah Hadapi Dugaan Sukar Istiqamah – ‘Saya Cakap Sabar & Harap Dia Buat Keputusan Betul’

    ‘Kenapa perlu malu?’

    Menurut Nad atau nama lengkap Farah Nadia Zainal Abidin, 36, dia tetap sama seperti manusia biasa yang gemar berjimat cermat dalam kehidupan seharian.

    Malah, Nad juga tidak pernah malu untuk mengenakan barangan murah walaupun bergelar selebriti.

    Kenapa saya perlu malu pakai benda yang murah?

    Saya hanya bekerja sebagai pelakon, balik rumah saya hanyalah Farah Nadia yang perlu urus anak-anak dan suami.

    Tambah Nad lagi, setiap orang tanpa mengira pekerjaan pasti akan tertarik dengan barangan yang harganya mampu milik.

    Tidak kisahlah kerja apa pun, rasanya ramai saja yang suka benda murah, harga promosi, sale dan sebagainya.

    Sebelum ini, Nad berkongsi dia memilih untuk tidak berbelanja besar pada perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini kerana mengutamakan barangan keperluan anak-anak.

    MENARIK:  [VIDEO] Budi ‘Tentang Bulan The Series’ Dah Ada Anak & Isteri, Netizen Komen – ‘Nampak Sangat Aku Dah Tua’

    Sumber: Threads

    The post Nad Zainal Tak Malu Pakai Barangan Murah – ‘Saya Hanya Kerja Sebagai Pelakon’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah