Penyanyi dan pengacara Elly Mazlein berkongsi bahawa suaminya yang merupakan seorang guru akan memanfaatkan cuti sekolah untuk pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Artikel Berkaitan: Elly Mazlein Tak Gelap Mata, Tolak Tawaran RM500,000 Buka Tudung – ‘Saya Percaya Akan Ada Rezeki’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Pilih Stoking Putih, Orang Dah Tak Tanya Lagi Kerana Semuanya Jelas’ – Elly Mazlein
Ingin mudah bergerak

Ketika ditemui , Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom, 45, berkongsi bahawa dia lebih memilih untuk pulang ke kampung dengan memandu sendiri berbanding menaiki penerbangan kerana lebih menjimatkan kos.
Alhamdulillah, suami saya seorang guru dan pendidik.
Jadi, setiap kali cuti sekolah bermula, kami akan terus bertolak pulang ke kampung.
Pada waktu itu, jalan pun masih belum sesak dan keadaan trafik juga lebih lancar.
Saya juga memilih untuk tidak pulang ke kampung dengan menaiki penerbangan walaupun jaraknya jauh, kerana pergerakan akan menjadi sedikit terhad dan melibatkan kos yang lebih tinggi.
Dengan memandu kereta sendiri, rasanya lebih menjimatkan, memudahkan kami bergerak ke mana-mana, dan tidak perlu menyewa kenderaan.
Elly berkata demikian ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Saloma, Kuala Lumpur.
Suami tidak gemar depan kamera

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Usah Ditambah Bara Terpendam’ itu turut mendedahkan bahawa suaminya pernah menerima cadangan untuk menjadi duta, namun memilih untuk kekal bersederhana dan tidak gemar berada di hadapan kamera.
Alhamdulillah, ramai juga yang mencadangkan supaya suami saya turut serta menjadi duta baju raya.
Tetapi suami saya seorang yang tidak gemar tampil ke hadapan.
Dia lebih bersifat low profile dan lebih suka meluangkan masa bersama anak-anak.
Setiap kali saya menghasilkan content bersama suami, video itu mesti mendapat jumlah tontonan yang tinggi.
Tapi apa pun, dia tetap memilih untuk biarkan saya sahaja yang berada dalam content itu.
Saya tidak nafikan, walaupun suami saya tidak berminat, tawaran untuk dia itu memang ada.
The post ‘Cuti Sekolah Mula, Kami Terus Pulang Ke Kampung’ – Elly Mazlien Bertuah Suami Seorang Guru first appeared on OHBULAN!.





