27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Mungkin Sebab Reaksi Muka Saya’ – Anna Jobling Nafi Sombong, Ajak Peminat Tegur Bila Jumpa

    Shopee Sale

    Pelakon meningkat naik, Anna Jobling menolak dakwaan segelintir individu yang menyangka dirinya kini semakin sombong berikutan wajahnya yang dilihat serius.

    Artikel Berkaitan: Anna Jobling Nafi Anak Emas Baim Wong – ‘Saya Tak Merayu Untuk Diambil Berlakon’

    Artikel Berkaitan: Anna Jobling Rangkul Anugerah ‘Outstanding Asian Star’, Angkat Nama Malaysia Ke Peringkat Antarabangsa

    Tak sombong

    Ketika ditemui , Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 25, menjelaskan bahawa tanggapan itu berkemungkinan kerana ekpresi wajahnya yang disalah tafsir.

    Namun, hakikatnya dirinya adalah seorang yang mudah untuk disapa dan ramah.

    Mereka kata saya ada muka hantu tapi saya anggap itu sebagai pujian. Kadang-kadang bila saya tak senyum orang ingat saya sombong.

    Tapi sebenarnya tidak, mungkin sebab reaksi muka saya. Kalau jumpa saya, tegur sajalah saya okay sebenarnya.

    Anna berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan perdana drama Saat Aku Tahu yang berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Banyak tawaran

    View this post on Instagram

    A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

    Dalam pada itu, Anna memberitahu jadualnya kini semakin padat selepas dilimpahi dengan tawaran lakonan.

    Justeru, pelakon filem Sukma tersebut menangguhkan dahulu waktu rehatnya demi menjayakan setiap watak yang diberikan.

    Kadang-kadang selepas habis satu naskah, kononnya nak rehat tapi tiba-tiba dapat tawaran yang menarik.

    Rasa sayang nak lepaskan, jadi rehat pun tangguh dulu. Saya pun masih muda dan ada tenaga, jadi ambil saja kerja.

    Mengakui kadang kala merasa penat, namun Anna tetap menganggap pekerjaan yang dilakukan adalah rezeki yang harus disyukuri.

    MENARIK:  ‘Mereka Beritahu Saya Terlalu Kacak Untuk Jadi Wanita, Siap Cakap Cair Lihat Watak Sam’ – Shaza Bae

    Dalam masa yang sama, Anna juga tidak ambil pusing dengan komen negatif yang mempersoalkan tentang tawaran yang diterimanya.

    Pernah juga terbawa emosi di luar set tapi saya ingatkan diri walaupun penat dan rasa nak mengeluh, tetap kena bersyukur.

    Walaupun ada yang cakap kenapa saya dapat ini, kenapa muka saya saja, itu semua rezeki saya. 

    Saya tak pernah persoalkan atau dengki dengan rezeki orang lain sebab saya percaya rezeki saya tetap milik saya.

    Sementara itu, Anna turut tercalon dalam Paling Viral Online menerusi kategori Selebriti Paling Viral bersama Kelab Peminat Paling Viral, Anna Jobling FC.

    Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

    Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

    Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

    Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

    Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www..com/palingviralonline.

    The post ‘Mungkin Sebab Reaksi Muka Saya’ – Anna Jobling Nafi Sombong, Ajak Peminat Tegur Bila Jumpa first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah