26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Mungkin Intonasi Dia Jadi Timbul Salah Faham..Kru Kabin Dilatih Jaga Kebajikan & Tidaklah Untuk Sakitkan Hati Penumpang’ – Zeera Azizi

    Shopee Sale



    Pelakon Zeera Azizi memberi pandangannya berhubung insiden yang dilalui aktres, Fasha Sandha membabitkan kru penerbangan, baru-baru ini.

    ‘Over friendly pun tak bagus juga’

    Ketika ditemui , Zeera atau nama lengkapnya Nurazeera Azizi, 29, berpendapat pramugari tersebut berkemungkinan berniat baik memuji Fasha kerana menaiki pesawat kelas ekonomi meskipun dirinya merupakan seorang pelakon terkenal.

    Tetapi mungkin intonasi suara yang digunakan oleh pramugari tersebut tidak sesuai sehingga mencetuskan salah faham.

    Bagi saya apa yang pramugari itu cakap memang tidak bagus.

    Tapi kita tak tahu dia punya niat, mungkin dia nak puji artis naik kelas ekonomi.

    Mungkin cara percakapan dan intonasi digunakan membuatkan timbul salah faham pramugari itu mahu menyindir.

    Zeera berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana drama First Wives di TGV KLCC pada malam Rabu.

    Dalam pada itu, Zeera yang mempunyai hampir 10 tahun pengalaman sebagai pramugari berkata bahawa setiap kru penerbangan telah dilatih untuk melayani penumpang dengan baik dan mesra.

    Kru kabin memang dilatih untuk jadi ‘friendly’, jaga kebajikan dan tidaklah untuk sakitkan hati penumpang.

    Kadang-kadang niat kita nak jadi ‘friendly’ tapi ‘over friendly’ pun tak bagus juga.

    Kita pula bekerja kenalah ikhlas.

    Oleh hal demikian, Zeera menasihati setiap pramugari agar menjaga percakapan supaya tidak berlakunya perselisihan faham dengan penumpang.

    Nasihat saya, sebelum bercakap sesuatu tu kena berfikir dulu sama ada perkataan kita itu akan buat seseorang terasa hati atau sebaliknya.

    Dalam perkembangan lain, Zeera bakal tampil dengan drama terbaharu lakonannya berjudul First Wives.

    MENARIK:  [VIDEO] Bella Astillah Bagi ‘Pickup Line’ Kepada Syed Saddiq Buat Ramai Geli Hati – ‘Takkan Nak Panggil B Pula’

    Selain Zeera, pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut ialah Mimi Lana Melissa Campbell, Malek Mccrone, Charles Robert, dan Andy Teh.

    First Wives yang mempunyai lapan episod itu akan mula ditayangkan pada 11 April ini menerusi platfrom penstriman On Demand, Astro GO dan sooka.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah