
Jurusolek terkenal, MUA Bellaz, tidak akan pernah melupakan jasa yang dilakukan oleh suami, Anuar Ahmad terhadap keluarganya.
Pengorbanan suami
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di TikTok, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini mengimbau kembali bantuan yang diberikan oleh suaminya semasa dia berdepan fasa terendah dalam hidup.
Menurut Bella, Anuar atau lebih dikenali sebagai Mat Nuart merupakan insan yang menolong keluarganya dalam kelaparan pada ketika itu.
Saya akan ingat sampai bila-bila momen awak tanggung beras dua kampit sampai senget bahu, semata-mata nak hantar dekat keluarga saya yang sangat susah.
Adik-adik saya yang masih berlapar tak makan nasi lagi.
Sedangkan waktu itu saya dan awak masih berkenalan lagi. Pandai awak ambil hati bakal mak mentua.
Terima kasih, dari dulu masih yang sama.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keperibadian Mat Nuart yang sentiasa ada bersama Bella ketika susah dan senang.
Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan agar pasangan itu dilindungi daripada anasir jahat.





