30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Misteri Kehilangan Murid Darjah 5 Terjawab, Ditemui Terpinga-Pinga Di Ladang Kelapa Sawit

    Shopee Sale

    Seorang murid lelaki berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang dari sekolahnya di Sintok, Kedah, ditemui dalam keadaan selamat pada 4 November.

    Artikel Berkaitan: Lelaki Disyaki Alami Halusinasi Sebelum T*tak Abang Ipar Hingga Putus Kepala

    Artikel Berkaitan: Wanita Ditemui Mati Berikat & Tanpa Pakaian Di Tepi Jalan

    Tidak sedar dengan apa yang berlaku

    Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, murid darjah lima dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok ditemui di kawasan pinggir ladang kelapa sawit, kira-kira 2.5 kilometer dari sekolah.

    Guru Besar sekolah itu menerima maklumat daripada penduduk di sekitar kawasan berkenaan, memaklumkan ternampak murid itu berada di pinggir ladang kelapa sawit.

    Guru Besar bersama pengawal keselamatan pergi mennyelamatkan murid tersebut pada 7.45 malam dan membawanya pulang ke sekolah.

    Menurut Radzi, ketika ditemukan, murid itu kelihatan terpinga-pinga dan tidak menyedari apa yang berlaku sebelum diberikan rawatan Islam.

    Walaupun ditemui dengan keadaan tidak berkasut dan berselut, dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Dia dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam, walau bagaimanapun dia masih belum dapat menjelaskan apa yang sudah berlaku.

    Sumber: Harian Metro

    MENARIK:  [VIDEO] Pasangan Kekasih Beza Agama Berpisah Secara Baik – ‘Aku Nikah Tak Akan Jemput Kamu…Sedih Nanti’

    The post Misteri Kehilangan Murid Darjah 5 Terjawab, Ditemui Terpinga-Pinga Di Ladang Kelapa Sawit first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah