28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ojen Aiwahhh Tidak Tunggang Kontroversi Cik Epal – ‘Sebagai Sahabat, Saya Tak Mahu Hanya Muncul Pada Waktu Senang’

    Shopee Sale



    Personaliti TikTok dan usahawan popular, Ojen Aiwahhh tidak melatah apabila timbul dakwaan dirinya menangguk di air keruh dengan kisah panas keretakan rumah tangga ‘bestie’nya, Cik Epal.

    Simpati dengan Cik Epal

    Menurut Ojen, 29, dia bersimpati dengan dugaan yang menimpa Cik Epal justeru ingin berkongsi rezeki bagi meringankan beban ibu tunggal itu.

    Susulan itu juga, berlakunya kolaborasi ‘Kunafa Aiwahhh’ perisa kelapan, Madu 3 berasaskan emping jagung.

    Kalau ada yang kata kerjasama ini cuba ambil kesempatan fasal cerita itu, saya kurang bersetuju. Mungkin ia hanya kebetulan. Apa yang saya boleh tekankan kerjasama ini lebih kepada menolong antara satu sama lain.

    Saya sendiri bersimpati dengan apa yang berlaku dalam kisah rumah tangganya. Cik Epal sendiri turut membantu menyebarluas jenama kunafa Aiwahhh. Sebagai sahabat, saya tak mahu hanya muncul pada waktu senang. Biarlah ketika susah juga.

    Dapat juga saya kongsi rezeki dengannya sekali gus dia boleh meneruskan survival kehidupan solo bersama anak. Dulu dia ada tangan untuk dipimpin (merujuk kepada suami), tapi kini sebagai ibu tunggal.

    Tambah pelantun lagu Hubb itu lagi, idea kolaborasi sudah dirancang lama. Tegasnya, pemilihan perisa Madu 3 juga bukan gimik dan tiada kaitan dengan tempias rumah tangga pempengaruh dan usahawan kontroversi.

    Bukan tiba-tiba saja nak keluarkan perisa Madu 3 ini. Nak keluarkan mana-mana perisa baharu perlu ada R&D (penyelidikan dan pembangunan).

    Tambah pula saya tak pernah berkolaborasi dengan mana-mana artis atau pempengaruh. Jadi kenapa tidak saya tampilkan Cik Epal saja untuk kolaborasi sulung ini.

    Pemilihan nama perisa Madu 3 bukan suka-suka. Tapi sebab perisa ini menggunakan tiga jenis madu iaitu honeycomb, drizzle madu dan campuran emping jagung bersama madu. Malah, perisa ini juga ada tiga lapisan.

    Idea di Yaman

    Bercerita lanjut mengenai perniagaannya, Ojen tidak mempunyai kios atau cawangan kedai tertentu.

    MENARIK:  ‘Bercinta Sepatutnya Selepas Kahwin’ – Que Haidar Perjelas Status Hubungan Bersama Fazura

    Disifatkan sebagai perintis usahawan kunafa dengan elemen tekak Melayu, Ojen berkata idea berniaga itu terlintas ketika belajar di Yaman.

    Malah, Ojen sudah lengkap melakukan jerayawara seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

    Untuk tahun ini saya mahu berusaha untuk tembus pasaran Indonesia dan Brunei dengan melakukan jerayawara. Semua ini juga takkan terjadi tanpa sokongan dan sambutan luar biasa penggemar kunafa saya. Tanpa mereka, Kunafa Aiwahhh takkan jadi sehebat ini.

    Sementara itu, Cik Epal atau nama sebenar, Nor Munirah Mahmud optimis dengan kolaborasi bersama Ojen.

    Secara jujurnya saya bukan jenis bekerjasama dengan sembarangan orang. Saya lebih selesa berkolaborasi dengan orang yang sudah dikenali.

    Macam Ojen memang kami sudah lama kenal. Dia pun jenis yang merendah diri, happy go lucky dan senang berurusan.

    Saya sendiri yakin 100 peratus dengan perniagaan kunafanya. Kunafa Aiwahhh antara ‘dessert’ yang sudah lama viral dan ‘mendonia’ ke hari ini.

    Tipulah lah kalau kata tak pernah nampak Kunafanya jadi ‘fyp’ di TikTok. Saya rasa dari dulu kalau buka gerai jualannya, memang penuh dibanjiri peminat kunafanya sampai satu Malaysia ada.

    Jadi waktu Ojen ajak berkolaborasi, memang saya teruja. Ditambah pula nak buat perisa Madu 3 ini, saya sendiri nampak yang ia akan meletup. Waktu kami buat R&D, terus saya bersetuju untuk sama-sama ‘mendonia.

    Jenama Kunafa Aiwahhh yang berpaksikan tekak orang Melayu dilancarkan Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli sejak 2022.

    Bermula dengan perisa asli di pasaran, ia berevolusi menjadi fenomena hingga menjadi variasi sebanyak tujuh pilihan perisa lain termasuklah Red Velvet, Dark Indulgence, Lumut Cheese, Biscoff, Choc Oreo dan Hazelnut Nutella.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah