25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Minat Menjadi Penyanyi, AJL Adalah Bonus Bagi Saya – Sean Lee

    Shopee Sale



    sean lee

    Pelakon dan pengacara Sean Lee menjelaskan tujuan dia menceburi bidang muzik bukan untuk menjadi seorang penyanyi terkenal mahupun bersaing dengan mana-mana penyanyi sedia ada.

    Buat kerana minat

    Sean Lee

    Ketika ditemui Sean berkata dia memasuki bidang muzik sebagai salah satu cara meluahkan perasaan dalam lagu selain ingin menerokai cabang seni yang lain.

    Katanya, niat untuk berbuat demikian sudah lama, namun peluang itu baru muncul sekarang.

    Sebenarnya sudah lama saya ingin menceburi bidang muzik. Minat ke arah muzik itu bukan sebab saya mahu penyanyi terhebat di tanah air. Saya tak mahu lawan Aina Abdul atau masuk Anugerah Juara Lagu, itu bukan apa yang saya lihat.

    Tetapi kalau ada rezeki untuk ke Anugerah Juara Lagu itu adalah bonus, tetapi saya buat muzik adalah kerana mahu menerokai minat dan kebolehan saya. Ini sama dengan apa yang terjadi kalau saya berlakon, ia tentang idea dan kreativiti yang ingin dipamerkan.

    Niat itu sudah lama ada tetapi peluang itu baru muncul sekarang. Muzik adalah ‘universal’, saya tidak mahu fokus kepada mana-mana genre, ia bergantung kepada rasa yang ingin disampaikan.

    Sean berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Isteri Menyesal Bomoh Suami Sebab Cemburu, Risau ‘Tambah Cawangan’ – ‘Dia Cuma Makan Nasi, Lauknya Tak Makan’

    Pada majlis sama, aktor berusia 30 tahun itu turut membuat persembahan menerusi lagu sulungnya berjudul Tak Sanggup Terima.

    Sementara itu, diminta mengulas mengenai tarian dalam muzik video lagu berkenaan yang didakwa meniru penyanyi Korea iaitu Jung Kook, Sean menjawab dia terbuka menerima kecaman orang ramai.

    Awalnya saya tidak tahu tentang tarian saya itu menjadi tular dan ada segelintir yang tidak suka. Sebab saya jenis yang tidak baca komen kerana tidak elok untuk kesihatan mental.

    Komen yang baik atau tidak baik saya terima dengan hati yang terbuka. Saya faham setiap orang ada pandangan masing-masing, tetapi hanya saya yang tahu apa terjadi di belakang tabir. Lantak lah orang nak cakap apa pun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah