Pelakon Mimi Lana, berkongsi rasa teruja apabila dirinya berpeluang bertemu dengan aktres terkenal dari negara seberang iaitu Pevita Pearce.
Artikel Berkaitan: Mimi Lana Mohon Maaf Kepada Jurusolek, Akui Terlepas Pandang Soal Bayaran Sejak 2019 – ‘Saya Baru Check DM’
Artikel Berkaitan: ‘Jadi Perempuan Harus Refleksi Diri, Jangan Sibuk Hal Rumah Tangga Orang Lain’ – Mimi Lana
Filem kegemaran Mimi

Menerusi hantaran di Threads, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 31, memuat naik foto memaparkan dirinya sedang duduk bersebelahan dengan Pevita di sebuah majlis yang dihadiri mereka baru-baru ini.
Menurut Mimi, filem ‘blockbuster’ yang mengangkat nama Pevita sebagai aktres terkenal Indonesia iaitu Tenggelamnya Kapal Van der Wijck menjadi antara karya kegemarannya.
Setiap kali orang bertanya tentang filem kegemaran saya, jawapannya sentiasa sama iaitu Tenggelamnya Kapal Van der Wijck.
Saya sendiri sudah tak terkira berapa kali menontonnya, sampai ada dialog yang saya boleh ingat.
Bahkan semasa perkahwinan, saya dan suami pilih lagu dari runut bunyi dari filem itu.
Dalam masa sama, Mimi juga mengakui dia terkasima serta kagum dengan kecantikan dan keperibadian Pevita.
Saya tak pernah terbayang bahawa suatu hari nanti, saya akan bertemu dengan ‘Hayati’ (watak Pevita).
She was lovely, graceful, and absolutely stunning. Saya beritahu dia, ‘awak akan selamanya menjadi Hayati saya.’
Sekadar info, Pevita mendirikan rumah tangga bersama Mirzan Meer iaitu anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin pada Oktober lalu.
Sumber: Threads Mimi Lana
The post Mimi Lana Kagumi Pesona Pevita Pearce – ‘Tak Pernah Terbayang Akan Berjumpa Dengan Hayati’ first appeared on OHBULAN!.





