32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Michael Ang Berang Dengan Pemandu ‘Honda Jazz’, Harap Pihak Atasan Jatuhkan Hukuman Berat

    Shopee Sale

    Pengarah terkenal, Michael Ang meluahkan rasa berang ekoran isu pemandu kereta Honda Jazz sehingga mengakibatkan kemalangan maut membabitkan dua remaja.

    Artikel Berkaitan: Buat Konten Hilang Di Hutan, Michael Ang Berang Pempengaruh Malukan Malaysia – ‘Tolong Buang Diorang Kat Pulau’

    Artikel Berkaitan: Michael Ang Selar Tindakan Pempengaruh Berbalah Di Media Sosial Lepas Bercerai – ‘Apa Punya Bod*h Manusia, Macam Budak-Budak’

    Hukuman berat

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Michael berharap agar pihak atasan dapat menjalankan tanggungjawab dengan adil untuk menghakimi kesalahan yang telah dilakukan.

    Tambahnya, tindakan remaja yang memandu tanpa lesen itu dianggap membunuh dengan sengaja.

    Budak 18 tahun langgar lampu isyarat, tiada lesen dan tengok dashcam sangat laju dia memandu.

    Pihak polis sila check darah pemandu tersebut.

    Dan, pihak kehakiman tolong la hukum lagi berat, ini ada video kot.

    Dia memandu laju dan memang langgar lampu isyarat.

    Ini dah macam membunuh dengan sengaja.

    Dalam pada itu, Michael sempat mengucapkan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.

    MENARIK:  Nahas Helikopter Terhempas: Kementerian Pertahanan Pertimbang Semula Penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

    Nasihat pada ibu bapa

    Tidak berhenti disitu, pengarah filem ‘Kimchi Untuk Awak’ itu turut mengingatkan para ibu bapa untuk sentiasa memantau pergerakan anak.

    Mak bapak tolong lah kalau tiada lesen, jangan bagi anak anda memandu atau bawak motor.

    Kalau ini anak aku, aku sendiri hantar dia ke polis dan suruh kurung dalam penjara.

    Sumber: Instagram @michaelang38

    The post Michael Ang Berang Dengan Pemandu ‘Honda Jazz’, Harap Pihak Atasan Jatuhkan Hukuman Berat first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah