29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Meninggal Dunia Bekas Isteri Samuel Rizal Disebabkan Sihir? Dakwa Mengalami Derita Selama 4 Tahun dengan Paku dalam Badan

    Shopee Sale



    Bekas isteri kepada pelakon terkenal Indonesia, Samuel Rizal iaitu Stevie Agnecya dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 21 Mac lalu.

    Ada paku dalam badan

    Namun berita kematian tersebut menjadi bualan hangat netizen di media sosial susulan punca kematian Stevie yang juga merupakan seorang selebriti itu masih belum diketahui.

    Malah, apa yang lebih menimbulkan pertanyaan ramai apabila tularnya satu hantaran yang pernah dikongsikan Allahyarhamah di TikTok pada September tahun lalu.

    Menerusi perkongsian tersebut, wanita berusia 32 tahun itu pernah mendakwa dirinya telah terkena sihir. Malah Stevie juga ada memuat naik keputusan X-Ray yang memperlihatkan terdapat bendasing iaitu dua paku terselit pada bahagian badannya.

    Nauzubillah saya tidak pernah memakai susuk atau memasukkan bendasing dalam badan saya.

    Ternyata semakin kita dekat dengan Allah SWT, semakin ditunjukkan semua bukti sihir itu yang ada ditubuh saya selama 4 tahun.

    Dalam perkongsian tersebut juga, Stevie seakan memberi bayangan bahawa dia mengetahui siapakah individu yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya. Dia juga berharap agar individu terbabit diberi kesedaran dan bertaubat.

    MENARIK:  [VIDEO] Syamsul & Ira Kazar Tak Jadi Cerai, Mahkamah Tetapkan Tarikh Baharu 25 September

    Samuel Rizal dan Stevie mendirikan rumah tangga pada 12 Februari 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada 2016.

    Stevie Agecya kemudiannya berkahwin dengan juruterbang, Anggi Pratama pada Julai 2017 selepas memeluk agama Islam. Stevie dan Anggi dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah