Pelakon dan pempengaruh media sosial, Mek Yun tampil memohon maaf secara terbuka susulan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini berhubung kematian seekor anjing bernama Rocky.
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Tulis Luahan Kepada PM, Minta Isu Penderaan Haiwan Dipandang Serius
Artikel Berkaitan: ‘Selagi Mok & Pok Sihat, Mek Yun Akan Terus Bawa Mereka Melihat Dunia’
Melulu ulas isu

Menerusi hantaran di Threads, Mek Yun, 29, mengakui terlalu cepat membuat kesimpulan mengenai kejadian tersebut selepas hanya bergantung kepada maklumat dikongsikan pihak lain sebelum mendapatkan gambaran menyeluruh.
Saya ingin memohon maaf atas video dan kenyataan yang telah saya keluarkan berkenaan kes Rocky, baru-baru ini.
Saya sedar pada itu, saya terlalu cepat membuat kesimpulan berdasarkan info orang lain kongsi dan hanya melihat dari satu pihak sahaja.
Saya sepatutnya memberi ruang untuk mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak serta menunggu siasatan dan fakta yang lengkap sebelum keluarkan kenyataan.
Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan dan benar-benar memohon maaf kepada semua yang kecewa dengan tindakan saya.
Dalam hantaran sama, Mek Yun menjelaskan dia mengambil keputusan memadam video berkenaan selepas menyedari tindakannya membuat kenyataan tanpa memahami keseluruhan situasi merupakan satu kesilapan.
Saya telah padam video tersebut sebab sedar tindakan mengeluarkan video itu tanpa mendapatkan gambaran yang menyeluruh adalah satu kesilapan.
Terima kasih semua yang menegur. Saya akan jadikan perkara ini satu pengajaran dan memastikan akan dapatkan gambaran menyeluruh sebelum kongsi pandangan.
Terdahulu, kematian seekor anjing bernama Rocky ketika operasi menangkap anjing oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pelabuhan Klang, Selangor mengundang perhatian serta kecaman orang ramai selepas rakaman kejadian tersebut tular di media sosial.
Susulan isu berkenaan, satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Sama Gagah bertarikh 31 Julai 2026 bagi menjelaskan perkara berkaitan insiden tersebut.
Menurut kenyataan berkenaan, operasi menangkap anjing liar itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan penduduk setempat.
KRT turut memaklumkan orang awam yang terlibat dalam operasi berkenaan menggunakan peralatan yang disediakan MBDK serta menjalankan tindakan di bawah penyelarasan pihak berkuasa terbabit.
Sumber: Threads
The post Mek Yun Mohon Maaf Melulu Ulas Isu Kematian Anjing ‘Rocky’ – ‘Saya Sepatutnya Tunggu Siasatan’ first appeared on OHBULAN!.





