26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mayat Gadis Ditemui Dalam Kotak Terapung Di Sungai, Suspek Sempat ‘Ratah’ Mangsa Sebelum Bun*h

    Shopee Sale

    Seorang wanita berusia 21 tahun ditemui maut terapung di Sungai Citarum, Kabupaten Karawang, pada Selasa. 

    Rogol, buang mayat

    Memetik laporan Detik.com, mangsa, Dina Oktaviani dipercayai dibunuh oleh majikannya yang dikenali sebagai Heryanto.

    Menurut pegawai polis, AKP Nazal Fawwaz, mangsa dikatakan sering meluahkan perasaannya kepada suspek setiap kali mempunyai masalah dengan bekas kekasihnya. 

    Mangsa kemudian meminta bantuan suspek untuk mencari seseorang supaya dapat membatu dia melupakan bekas kekasihnya. Namun siapa sangka, pertemuan tersebut membawa kepada satu insiden tragis.

    Suspek mengajak mangsa ke rumahnya, kemudian mencekik dan membekap mangsa sehingga meninggal dunia. 

    Saya tergoda dengan barang-barangnya (gajet, motosikal dan barang kemas). Tiada rancangan awal untuk membunuh atau meniduri mangsa, semuanya berlaku secara spontan.

    Lebih menyayat hati, suspek turut mengaku telah menyetubuhi mangsa sebelum membungkus mayat dengan kotak dan membuangnya ke sungai.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Tahun Ini Tak Ada Shooting Langsung’ – Haneesya Hanee Dedah Mak Terpaksa Gadai Barang Kemas Untuk Tampung Kehidupan

    Difahamkan, mayat mangsa hanya ditemui beberapa hari selepas dilaporkan hilang.

    Suspek yang sudah berkahwin itu kini ditahan untuk tindakan lanjut.

    Sumber: Detik.com, Liputan6

    The post Mayat Gadis Ditemui Dalam Kotak Terapung Di Sungai, Suspek Sempat ‘Ratah’ Mangsa Sebelum Bun*h first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah