26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nora Danish Dedah Ramai Suami Isteri Cerai Sebab Isu Nafkah, Nasihat Golongan ‘Adam’ Jangan Pandang Remeh – ‘Mereka Tak Faham Konsep Asas’

    Shopee Sale



    Nora Danish

    Demi memastikan intitusi keluarga kekal bahagia dan harmoni, pelakon Nora Danish mengingatkan golongan suami supaya tidak culas membayar nafkah terhadap isteri.

    Ramai cerai sebab nafkah

    Nora Danish

    Nora, 42, berkata, pekara tersebut disuarakannya selepas mendapati banyak rumah tangga yang bergolak sehingga membawa kepada perceraian disebabkan isu nafkah.

    Malah, perkara itu turut dimaklumkan oleh peguam yang mewakili dirinya.

    Peguam saya ada beritahu ramai pasangan bercerai kerana masalah kewangan dan duit.

    Realitinya banyak yang berlaku di luar sana ada suami yang tak jalankan tanggungjawab dan ambil remeh isu pemberian nafkah kepada isteri.

    Nora berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu temu bual dalam sebuah saluran podcast.

    Nafkah penting

    Justeru, Nora menasihati kaum lelaki untuk bersedia dari segi kewangan sebelum berhasrat untuk menghalalkan pasangan mereka supaya tiada isu yang tidak diingini berlaku di kemudian hari.

    Kita perlu didik orang di luar sana terutama lelaki yang bakal bergelar suami bahawa nafkah adalah perkara penting.

    Walaupun hanya beri jumlah yang sedikit kepada isteri, itu sebenarnya tetap satu barakah (keberkatan).

    Tegas pelakon drama Puteri ini lagi, golongan adam tidak boleh sambil lewa dalam soal nafkah kerana itu merupakan kewajipan yang dituntut dalam agama.

    Bagi saya isu ini segelintir lelaki ambil sambil lewa sebab sekarang ramai golongan wanita dan isteri sudah bekerja.

    Maka, suami rasa isteri mereka mampu. Semua ni juga berlaku disebabkan mereka tak faham konsep asas mengenai nafkah.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Tegur Amar Baharin & Siti Elizad Lakonkan Babak Bersentuhan ‘Skin To Skin’ – ‘Ingatkan Dah Tak Pegang’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah