28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mawar Rashid Pernah Terdetik Nak Hilangkan Diri, Ambil Masa 6 Bulan Pulih Semangat – ‘Saya Perlu Masa Untuk Bangkit Semula’

    Shopee Sale



    Pelakon Mawar Rashid mendedahkan pernah terdetik untuk menghilangkan diri dari dunia seni ketika berdepan dengan kemelut rumah tangga sebelum ini.

    Artikel berkaitan: Mawar Rashid Enggan Ulas Mengenai Bekas Suami, Mahu Fokus Besarkan Anak Bersama – ‘Saya Takut Timbul Pula Masalah Lain’

    Artikel berkaitan: Rupanya Ibu Mawar Rashid Yang Kahwin Dengan Jejaka Brunei – ‘Tak Sangka Dapat Merasa Kehadiran Seorang Ayah’

    Terfikir hilangkan diri

    Menurut Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid, 29, dia berfikir sedemikian gara-gara masalah peribadi dan tekanan daripada media sosial.

    Jujur cakap saya pernah terfikir untuk menghilangkan diri dari industri hiburan dan media sosial.

    Banyak faktor mendorong saya berfikir ke arah itu. Apa yang saya lalui adalah tentang kehidupan peribadi, jadi saya perlu rehat. Tambah pula dengan tekanan daripada media sosial.

    Saya juga mahu menjaga kesihatan mental jadi sebab itulah saya terfikir untuk hilangkan diri. Saya tahu ketika itu saya hanya perlukan masa untuk bangkit semula.

    Mawar berkongsi perkara tersebut semasa ditemui di majlis tayangan trailer dan OST filem terbaharu lakonannya berjudul Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, semalam.

    Dalam pada itu, Mawar berkata, dia mengambil masa enam bulan untuk memulihkan semangat selepas melalui fasa hidup baru bergelar ibu tunggal.

    Hampir enam bulan juga saya banyak fokus kepada diri sendiri dan anak-anak. Dalam tempoh itu saya buat aktiviti luar dan dekatkan diri dengan alam.

    Saya banyak dekatkan diri dengan orang-orang yang membuatkan saya tenang.

    Berlakon adalah punca rezeki saya dan saya ada anak-anak. Saya juga mulakan kerjaya sebagai pelakon jadi sebab itu saya teruskan dalam bidang seni ini.

    Untuk rekod, Mawar dan Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 2017 namun sah bercerai pada November tahun lalu.

    MENARIK:  ‘Penyanyi Yang Tolak Tawaran Jayakan Konsert Legasi P. Ramlee Amatlah Rugi’

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah