30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Masjid ‘Hopping’ Bersama Kekasih? Imam Muda Hassan Tampil Titip Pesanan – ‘Jangan Ambil Mudah Halal Haram’

    Shopee Sale

    Imam Muda Hassan memuji trend masjid ‘hopping’ yang semakin popular dalam kalangan anak muda namun mengingatkan agar aktiviti tersebut tidak dilakukan berdua bersama pasangan yang bukan mahram.

    Artikel Berkaitan: ‘Tutup Aurat Wajib, Hipokrit Atau Nak Jadi Diri Sendiri Bukan Alasan’ – Imam Muda Hassan

    MENARIK:  Isteri Dakwa Edika Yusof Banyak Kali Lafaz Talak – ‘Permohonan Cerai Bukan Kali Pertama, Dia Nafi & Angkat Sumpah Laknat’

    Artikel Berkaitan: Masjid TTDI Mohon Maaf, Sedang Siasat Dakwaan Layanan Kasar Terhadap Jemaah

    Niat tak menghalalkan cara

    " data-video-id="7612488388628778258" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @fahmizainallll

    Tolong repost sebelum benda ni jadi budaya di Malaysia #fyppppppppppppppppppppppp #puasa2026 #fypシ゚ #fyp

    ♬ آهات بشرية اسلامية – صمت – Islamic Sound – Calm – Voice of the soul – صوت الروح

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Hassan atau nama lengkapnya Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan) akui masjid ‘hopping’ merupakan satu trend semasa yang beri manfaat.

    Bagaimanapun, Hassan mengingatkan agar tidak mengambil mudah urusan halal dan haram sehingga melanggar syarat pergaulan dalam Islam.

    Masjid hopping ini satu trend yang bagus sebenarnya. Tapi jangan kita ambil mudah dalam urusan halal dan haram.

    Contohnya, pergi masjid hopping dengan kekasih, berduaan. Itu sebenarnya tetap akan ada syaitan yang ketiga walaupun pergi masjid.

    Dalam pada itu, Hassan turut menyarankan agar trend masjid ‘hopping’ ini disertai bersama ahli keluarga sekali gus memberi peluang kepada pasangan untuk saling mengenali keluarga masing-masing dengan lebih dekat.

    Kalau nak pergi masjid hopping, boleh. Tapi pastikan ada ahli keluarga yang ikut sekali. Atau pergi berasingan.

    Kalau nak buka puasa jangan duduk bersebelahan pula. Masih ada syaitan di situ.

    Pada saya, kena jaga syariat itu, jangan campur aduk. Bila berduaan tetap akan ada syaitan. Kena ingat.

    Sumber: TikTok @Fahmi Zainal

    The post Masjid ‘Hopping’ Bersama Kekasih? Imam Muda Hassan Tampil Titip Pesanan – ‘Jangan Ambil Mudah Halal Haram’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah