30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Dakwa Edika Yusof Banyak Kali Lafaz Talak – ‘Permohonan Cerai Bukan Kali Pertama, Dia Nafi & Angkat Sumpah Laknat’

    Shopee Sale



    Isteri kepada aktor berpengalaman, Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri mendakwa suaminya sebelum ini sudah beberapa kali melafazkan talak terhadapnya.

    Sanggup angkat sumpah

    Ketika ditemui OhBulan, Hidayah, 47, mendedahkan suaminya menafikan menerusi sumpah laknat dan perkara itu membuatkannya lebih nekad mengambil keputusan untuk meneruskan dengan permohonan cerai.

    Memang saya buat permohonan cerai tetapi ini bukan kali pertama.

    Sebelum ini saya pernah datang ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz talak yang dibuat banyak kali.

    Disember tahun lalu saya ada memfailkan kes pengesahan lafaz cerai tetapi Edika menafikan semuanya.

    Dia turut mengangkat sumpah laknat pada Januari lalu dan disebabkan itu saya teruskan dengan permohonan cerai.

    Perkara itu didedahkan ketika Hidayah ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu selepas prosiding permohonan cerai selesai.

    ‘Penceraian jalan terbaik’

    Dalam pada itu, anak sulung pasangan itu, Fardeen Nasrulhaq, 21, yang turut hadir menemani ibunya mempersetujui sekiranya ibu bapanya memilih untuk berpisah.

    MENARIK:  Kontraktor Berusia 51 Tahun Dituduh B*nuh Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar

    Katanya, ia adalah jalan yang terbaik buat Edika dan Hidayah.

    Selagi saya masih hidup saya boleh jaga ibu. Tiada apa yang boleh saya cakap saya rasa jalan ini yang terbaik buat ibu dan ayah saya.

    Kedua-duanya akan kurang tekanan dan saya pun sudah biasa dari kecil jaga ibu jadi untuk saya tiada beza.

    Semalam, telah berlangsungnya sebutan kedua kes permohonan cerai yang difailkan Nor Hidayah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Februari lalu.

    Mahkamah menetapkan 5 Mei depan sebagai tarikh untuk Edika lafazkan cerai berikutan isterinya dalam keadaan tidak suci pada Rabu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah