Kalau korang pernah beli rumah atau tengah nak tunggu rumah siap, korang mesti faham satu benda iaitu part paling mencabar bukan masa sign SPA tapi masa menunggu.
Nak tahu progress projek? Kadang-kadang kena tunggu update, cari gambar dalam group, scroll WhatsApp sampai sakit jari.
Nak tanya status? Ada yang sampai rasa serba salah nak follow up sebab takut ‘mengganggu’.
Tapi nampaknya LBS nak ubah semua ni dengan pelancaran aplikasi rasmi mereka, Hello by LBS.
Bukan sekadar aplikasi, tapi ekosistem komprehensif untuk semua
View this post on Instagram
Sempena 65 tahun legasi LBS, mereka kini bergerak ke arah evolusi digital dengan satu platform yang lebih moden dan tersusun.
Hello ialah aplikasi yang hubungkan homebuyers, homeowners, property investors, malah orang awam sekali dalam satu pengalaman yang sama.
Konsep dia simple, dari korang mula booking rumah, sampai korang masuk rumah, upgrade dan dapat rewards, semua boleh diakses dalam satu aplikasi.
Dari booking sehingga jadi homeowner, semua boleh urus dalam satu aplikasi
Menariknya, Hello direka untuk cover perjalanan penuh pembeli, sama ada korang pembeli baharu yang tengah menunggu rumah siap, atau pembeli lama yang dah pun jadi homeowner.
Untuk pembeli baharu, korang boleh track progress projek dengan lebih tersusun tanpa perlu lagi bergantung pada update yang berselerak.
Semua maklumat rasmi projek terletak dalam satu bahagian, jadi lebih senang untuk korang rujuk bila-bila masa.
Hello juga menyediakan panduan step-by-step menuju Vacant Possession (VP), termasuk proses berkaitan key collection.

Bila dah dapat kunci nanti, korang boleh submit defect report secara digital terus melalui aplikasi dan berhubung dengan Property Management untuk urusan berkaitan rumah.
Pada masa yang sama, untuk pembeli lama pula, Hello bukan sekadar platform urusan rumah tetapi ia juga menjadi akses utama kepada LBS Perks & Plusses Loyalty Programme.
Korang boleh menikmati pelbagai perks eksklusif, rewards daripada rakan kerjasama, serta manfaat tambahan untuk korang yang merancang upgrade atau membeli rumah kedua.
LBS juga menekankan ganjaran untuk loyal buyers, termasuk peluang untuk menikmati rebate rewards yang lebih tinggi.
Ringkasnya, daripada booking sampai korang dah jadi homeowner, semuanya boleh dibuat dengan satu aplikasi yang sama.
Rewards & referral sehingga RM12,000
Satu lagi yang buat Hello menarik, aplikasi ini bukan hanya untuk pembeli LBS. Orang awam pun boleh download dan guna aplikasi ini untuk menikmati reward vouchers serta pelbagai ganjaran.
Dan untuk korang yang suka share info rumah kepada kawan-kawan atau ahli keluarga, Hello turut menawarkan peluang referral fee sehingga RM12,000 apabila korang merujuk pembeli untuk mana-mana projek atau hartanah LBS.
Ini bermakna walaupun korang tak memiliki rumah LBS, korang masih boleh dapat manfaat melalui sistem rewards dan referral yang ditawarkan.

Bermula 1 Mac, LBS buat ‘scoring game’ dalam aplikasi siap ada hadiah menunggu
Bermula 1 Mac hingga 29 Mei 2026, Hello by LBS akan jalankan kempen activation dalam aplikasi menerusi konsep gamified iaitu ‘Scoring Game Module’ yang eksklusif untuk pengguna aplikasi.
Objektifnya bukan sekadar nak orang download, tapi nak tarik korang datang semula setiap hari untuk kumpul score, naikkan ranking dan bersaing untuk menang hadiah.
Melalui kempen ini, pengguna turut berpeluang menang ganjaran menerusi dua cara iaitu Monthly High-Scores dan Grand Lucky Draw.
Untuk Monthly High-Scores, seramai 3 top scorer setiap bulan akan dipilih dan masing-masing akan menerima RM100 Watsons E-Voucher.
Manakala untuk Grand Lucky Draw pula, ia automatik terbuka kepada semua yang install aplikasi, dengan hadiah utama termasuk 1 unit Apple iPhone 17 256GB serta 3 unit KODAK Charmera Keychain (Digital Camera).
Menariknya, kempen ini juga disokong dengan integrasi sosial media seperti tagging kawan, jadi ia memang direka untuk berkembang secara organik, lagi ramai share, lagi ramai yang join.
Beli rumah LBS, berpeluang menang trip ke England & pelbagai hadiah menarik

Sempena sambutan ulang tahun ke-65, LBS turut memperkenalkan kempen khas ‘Score More Than A Home’ yang menawarkan ganjaran tambahan kepada pembeli rumah mereka.
Sepanjang kempen ini, pembeli rumah berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah yang agak luar biasa, termasuk percutian 5 hari 4 malam ke England untuk menonton perlawanan English Premier League, jersi eksklusif bertandatangan pemain, gold plate 6.5 gram, serta pelbagai ganjaran lain seperti Traveloka Cash Voucher dan Watsons voucher.
Menariknya, peluang untuk menang juga bergantung kepada nilai rumah yang dibeli. Lagi tinggi nilai hartanah, lagi banyak peluang cabutan bertuah yang akan diperolehi.
Sebagai contoh, pembelian rumah bernilai sekitar RM300,000 hingga RM500,000 mendapat satu peluang, manakala rumah bernilai lebih tinggi boleh memberi sehingga empat peluang cabutan.
Kempen ini akan berlangsung dari 1 April hingga 31 Julai 2026, jadi bagi yang memang merancang untuk membeli rumah dalam tempoh terdekat, ini mungkin masa yang sesuai untuk mempertimbangkan projek-projek di bawah LBS.
LBS 65 tahun tapi up-to-date dengan gaya moden
Hello by LBS sebenarnya bukan sekadar pelancaran aplikasi, tetapi simbol evolusi digital untuk jenama hartanah yang sudah lama bertapak.
Dengan semakin banyak urusan harian bergerak ke arah digital, LBS memilih untuk membina satu platform yang lebih moden, cepat dan connected.
Bila semua perkara penting berkaitan rumah boleh diuruskan dalam satu aplikasi, pengalaman membeli dan memiliki rumah jadi lebih mudah, lebih jelas dan kurang memeningkan.
Muat naik aplikasi di Google Play Store, Apple Store dan Huawei App Gallery.
The post Masih Scroll WhatsApp Cari Progress Rumah? LBS Perkenal Cara Baru Yang Lebih Senang first appeared on OHBULAN!.





