Pelakon dan pengacara, Sheila Rusly tampil meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang gemar meminjam wang, namun menghilangkan diri sebaik sahaja menerima bantuan.
Artikel Berkaitan: Gelagat Beatrice Muat Naik Gambar Sheila Rusly Tidur Raih Perhatian – ‘Maaf Mama Jangan Marah’
Artikel Berkaitan: Layan Menantu Dengan Penuh Kasih Sayang, Fazura Sifatkan Sheila Rusly Mentua Idaman Setiap Wanita
Tak ucapkan terima kasih

Menerusi satu hantaran di Threads, Sheila meluahkan rasa terkilan apabila ada antara mereka sanggup meraih simpati semata-mata untuk mendapatkan pinjaman wang.
Saya nak meluah, rasa tak puas hati dengan orang yang suka meminta-minta untuk meminjam duit.
Masalahnya bukan sedikit tau, tapi beribu.
Masa nak meminjam, dialog bukan main sedih kalah drama Samarinda.
Dalam masa sama, dia turut kesal dengan sikap individu terbabit yang langsung tidak mengucapkan terima kasih selepas wang dipindahkan.
Bila kita dah transfer duit, dia senyap dan ghost kita pula.
Sepatah kata terima kasih pun tak ada.
Sumber: Threads
The post ‘Masa Nak Pinjam Duit Bukan Main Sedih, Lepas Transfer Sepatah Terima Kasih Pun Tak Ada’ – Sheila Rusly first appeared on OHBULAN!.





