Penyanyi, Marsha Milan meluahkan rasa terharu apabila lagu nyanyiannya berjudul Hening Rindu menerima trofi Emas di Anugerah Content Asia 2025 menerusi kategori Reka Bentuk Bunyi Terbaik.
Artikel Berkaitan: #AJL39: Marsha Milan Sebak Kenang Perjuangan 20 Tahun Dalam Industri, Kejuaraan ‘Hening Rindu’ Hadiah Bermakna
Rangkul trofi emas

Menerusi hantaran di Instagram, Marsha 40, menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam pembikinan karya tersebut termasuk pencipta lagu Hening Rindu iaitu Wan Salleh dan juga Ikhwan Fattana.
Masya-Allah, Hening Rindu (OST Aku Bukan Ustazah) menerima anugerah Best Sound Design Created untuk sebuah Program/Siri TV Asia di Anugerah Content Asia 2025.
Syukur, penghargaan ini sudah semestinya untuk semua pasukan Hening Rindu, rakaman studio, Wan Salleh, Ikhwan Fatanna, Media Prima Berhad dan Alternate Malaysia. Terima kasih kerana mencurahkan jiwa dalam projek ini.
Saya sangat bersyukur menjadi pelantun suara dalam lagu ini yang membawa satu jiwa yang besar.
Anugerah Content Asia 2025 berlangsung dengan meriah di Taipei, pada Khamis.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan tersebut.
Terdahulu, Hening Rindu telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).
Sumber: Instagram
The post Marsha Terharu Lagu ‘Hening Rindu’ Menang Reka Bentuk Bunyi Terbaik, Rangkul Trofi Emas Di Anugerah Content Asia 2025 first appeared on OHBULAN!.





